The Quran is an immense treasure meant to guide us through darkness like the stars guide travelers of the desert..

Tuesday, May 1, 2012

saya tewas lagi ya Allah :(


nasihat habib ali jufri kepada 'syabab'(pemuda/i)yg berdosa;

Master of Ceremony bertanya:
remaja zaman sekarang ni, mereka bersolat tapi masih melakukan perkara pelik,
ada yg kissing sana sini,masuk "net" tengok macam2 , couple..macam2
iman mereka lemah,penuh dugaan,penuh celaan...

jwb habib ali:
ini adalah masalah yang kita sedia maklum.
pertama sekali aku khabarkan berita gembira kepada remaja semua..
iaitu mereka lemah dengan ujian kemudian ingin kembali kepada Allah,
kemudian kembali kepada perbuatan lama,
kemudian ingin kembali semula kepada Allah,
ini adalah berita gembira kepada mereka kerana ini menandakan iman masih kuat di hati mereka.
iaitu mereka sangat mencintai Allah,
selama mana mereka mencintai Allah,
ketahuilah bahwasanya Allah juga mencintai mereka.
"Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah"
demi Allah ya ikhwan jika Allah tidak mencintai kamu,
dia tidak akan campakkan ke dalam hatimu suatu kepedihan iaitu perasaan yang kita rasakan "aku ada lakukan kesalahan"
perasaan yang bila kita rasakan ianya adalah sebab kelalaian aku kepada Allah.
di sini tandanya cahaya(lilin) iman itu masih ada..
tetapi cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum ia di padamkan oleh angin yang ingin memadamkannya.
angin yang ingin memadamkan cahaya keimanan itu tadi adalah TEKAD UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT.
perkara yang lebih bahaya dari maksiat(melakukan dosa) ialah TERUS MENERUS MELAKUKAN DOSA ... [ya ALLAH :( ]
mengambil mudah sahaja perkara dosa "Allah itu kan maha pengampun"
kemudian kembali semula melakukan maksiat.
memandang ringan dan remeh terhadap maksiat pada diri sendiri.
Ini BAHAYA! ianya adalah SYARAT CAHAYA IMAN MULA HILANG [ya ALLAH :( ]

yg kedua : mengambil mudah dan terus menerus dalam maksiat bersama merasakan putus asa pada Allah.
"aku ni dah susah dah nak jadi baik,susah nak buat baik,dah cuba 15 kali,20 kali bertaubat tapi kembali juga lakukan maksiat"
Rasulullah S.A.W bersabda :
tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus melakukan dosa dari kalangan orang yang beristighfar sekalipun kembali melakukan maksiat selama 70 kali.
jika syaitan tidak pernah putus asa untuk masukkan kamu ke dalam neraka,
bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk syurga?!
so sekiranya kamu rasa kamu tewas dengan syaitan,
berwuduklah,solat 2 rakaat dan dalam sujud mengadulah pada Allah sepenuh jiwa raga
*rasalah seolah2 kamu bercakap dengan orang yang kamu sangat kamu cintai dan kamu perlukannya setiap masa*
letaklah dan campakanlah dirimu pada pintu taubat Allah.
ketahuilah jika kamu buat semua ini dengan penuh penyesalan,kejujuran serta berazam tidak akan kembali semula kepada maksiat,
selesai je solat,Allah telah mengampukan dosa2 kamu.
kemudian ambillah langakah2 untuk menjauhkan diri dari maksiat yang sering kamu lakukan
"tanya diri dari apakah yang membawa kamu ke arah dosa?!"
jika ada org yg membawa kamu ke arah dosa jauhilah!bkn sbb sombong ttp untk menjga diri kamu.
jika ada kewajipan yg ditinggalkan laksanakanlah!
jika ada kesalahan dari sisi islam cubalah betulkan!
firman Allah:
"dan mereka yang berusaha keras mencari jalan2 kami,pastilah kami akan menunjukkan mereka jln 2 kami"
so bila terjatuh bangkitlah kembali..kembalilah pada ALLAH.jatuh lagi tewas lagi..taubat lagi!
ketahuilah itu adalah jihad fi sabilillah dan bersama itu juga dosa2 kamu berubah menjadi pahala
TAPI DENGAN SYARAT KAMU JANGAN JADIKAN MASALAH TAUBAT INI PERKARA MAIN2!
"buatlah maksiat itu dulu kemudian bertaubatlah" - yang ini main2/macam memperolokkan Allah :( :(:(
TETAPI JIKA KAMU CUBA UNTUK PERTAHANAKAN DIRI KAMU TAPI PADA SATU MASA KAMU KALAH DAN JATUH KEPADA MAKSIAT ,KEMBALILAH PADA ALLAH!
Allah gembira terhadap kembalinya kamu padaNYA.

sabda Rasulullah S.A.W
apabila berdosa seseorg hamba itu kemudian dia bertaubat dan memohon ampun
Allah berfirman kpd malaikatNya;
wahai malaikat,lihatlah kpd hambaku ini dia berdosa kemudian dia bertaubat dan istighfar saksikanlah sesungguhnya ak telah mengampunkannya..
sekali lagi hamba itu jatuh dan bertaubat dan istighfar.
Allah berfirman (dengan firmana yg sama seperti di atas)
*berulang2x*
...hamba ini tahu bahawasnya dia ada Tuhan yg mengampuni dosa lantas hamba ini bertaubat dan kembali kpd Allah ,
wahai malaikatku,saksikanlah bahawanya Aku telah mengampuni dosanya yang terdahulu dan yg terkemudian..
inilah kemuliaan Allah yg selayaknya kita merasa malu di hadapanNYA kerana DIA bergaul dgn kita dgn kemuliaan dengan penuh rahmat :(

Allah..Allah..Allah..

yaArhama Rahimin,
rabbanaghfir lana warhamna wa anta khairu rahimin..


Saturday, April 28, 2012

Allah has time to listen. Do you have time to pray?

wahai diri!
sempurnakah solat kamu?
apabila nafsu masih lagi dapat mengalahkan keimananmu?!

''Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

“Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “

Al-Fajr 28-30


Sunday, April 22, 2012

mati..ada penawar ke?

dulu2..
saya pernah terfikir..
''ah!tua nantilah cari ilmu,wat amal banyak2,hafal quran,belajar agama bla bla"
tapi...
saya langsung tak terfikir..
bahawa saya tidak tahu bila saya akan mati..
mungkin esok,mungkin sekejap je lagi,mungkin juga habis je tulis blog ini...

apabila saya baca surah Al-Qiyamah..
hati sy sebak..
''Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
(al-Qiyamah 26-27)
atau dalam bahasa inggerisnya..
"Nay, when it reaches to the collarbones. And it will be said: "Who can cure him?"

adakah sesiapa yang boleh sembuhkan "mati"?

hurm..boleh pulak saya fikir yang saya akan mati bila saya tua..
kalaulah Allah tarik nyawa saya masa saya fikir macam tu...
tapi..
''Dan Tuhanmulah yang Maha Pengampun, lagi mempunyai rahmat. Jika Dia mengazab mereka karena perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan azab bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada waktu yang tertentu (untuk mendapat azab) yang mereka sekali-kali tidak akan menemukan tempat berlindung dari padanya''(al kahfi 58)

ya Allah kurniakanlah kesempatan bg kami untuk bertaubat sebelum bertemu MU.

teringat doktor first aid cakap masa lecture 'burn'
''3rd degree of burn the sensation of pain will be lost,that't why Allah said in Quran He will change the skin of people of the hell to the new skin so that those people will always suffer the torment in the hellfire,if not it will be useless..what's the function of hellfire by the way"

:(:(:(



Thursday, April 19, 2012

di manakah hati kamu?

Pesan Imam Ghazali,
“Carilah hatimu di tiga tempat:

Temukan hatimu ketika membaca AL-QURAN. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk BERTAFAKUR mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka BERDOALAH kepada Allah, pinta HATI YANG BARU kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati

Sunday, April 8, 2012

piece of experience

semalam dalam sejarah saya blurr masa jwb satu spot dlm osce exam..
saya tak rasa sedih.siyes..
instead saya rasa kelakar sangat..
soalan mudah kot.visual acuity.

prof: ok i will be your patient..could you test my visual acuity?
me : huh?..em..em..do i have to go to the chart?
prof:no you can just do it here.ok..what should you ask me to do?
(sebab sy tak tahu nak buat apa)
me :em..do you wear glasses?
prof:no i mean the first step you should ask me..(prof tgh tggu sy jwb first u have to ask patient to close one eye)
.........
me : do you see the largest letter on the chart?
prof:yeah ,i can see it,the opening is directed to the right...(looking at me)
ok..next how do you proceed?
me :em..em..
..........
yang paling kelakar..
prof:if i can't see all the letters in the chart..what test do you prefer then?
me :counting finger?
prof: i still can't see well..
me :retinoscopy?
prof:retinoscopy for visual acuity?
me :(lama diam)....em..hand movement then perception of light
......
prof:alright..you can proceed to other spot.
(prof dan assistant doctor nak tergelak tengok saya cuak)
prof tahu kot saya nervous tahap gabang
tapi,the next spot till the last..Allah mudahkan segalanya..alhamdulillah..:)

anyway tu yg berlaku semalam...
sehari before exam saya tinggal terus buku ophthalmology saya untuk isi ilmu
selain dari medic..
saya pergi kaherah untuk dengar talk dr.Harlina.
alhamdulillah Allah mudahkan urusan saya jugak.
''maka barangsiapa yg membelanjakan (hartanya di jln Allah) dan bertaqwa,
dan membenarkan adanya pahala yg terbaik (syurga),
maka kami akan mudahkan baginya jln menuju kemudahan(kebahagiaan)"
(Al-Lail 5-7)
with dr.harlina(she's great!seriously)

banyak sangat ilmu yang membuka pintu hati dan minda saya..
ada satu topik yang saya suka sangat bila dr.har cakap pasal emotionally intelligent person..

EQ: is defined as ability or capacity to perceive, assess, and manage the emotions of one's self, and of others

"People will never remember what you did for them or even what you said to them,
But they will always remember how do you made them feel"

contoh klu kena marah kt prof.sebab salah examine patient
for sure kita ingat muka prof tersebut.kan?

orang yang emotionally intelligent,
selalunya spiritual quotient mereka (which is relationship with Allah) sangat hebat.
contohnya,klu kita tengok org bukan islam mereka mungkin cemerlang IQ mereka,
tapi EQ dan SQ mereka kurang hebat,
kalau mereka ada masalah mereka minum arak,buat seks bebas,
orang islam pon..kalau jauh sangat dari Allah..
mungkin akan buat dosa tanpa rasa bersalah pon..

untuk jadi orang yang hebat dari segi spiritual and emotion..
Allah sediakan Al-Quran untuk kita..
sebabnya dengan Quran Allah perkenalkan diriNya.
dengan Quran Allah mengajar kita.
dengan Quran Allah ceritakan segalanya.
dengan Quran Allah menenangkan hati kita.
dengan Quran Allah taburkan janjiNya.

Contoh EQ dalam Al-Quran;

"(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman"
Ali-Imran 138-139

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi,dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
(Al-hadid 22-23)

banyak lagi ayat2 dalam Quran yang berkait dengan EQ
so kesimpulannya,orang yang hebat spiritually and emotionally will never leave Quran behind!

Tuesday, April 3, 2012

mujahadah itu pahit sebab syurga itu manis

something's crossing my mind.
what if Allah takes my life while i'm still playing around..
while He's totally out of my mind..
:(:(:(
Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"(Qaf 19)
life is so short to be wasted..
time to death is approaching every single seconds..
sedangkan diri ini masih lagi tercari-cari..
sedangkan diri ini masih lagi dalam proses membaiki diri..
sedangkan diri ini masih lagi melakukan dosa saban hari..

maximum hidup di dunia 70 thn kot..
sedangkan hidup di akhirat adalah untuk selama lamanya...

(hurm..actually hati masih ragu2 nak pergi cairo ke tak untuk dengar talk doktor harlina..
lusanya exam ophthalmology yang susah.plus ni pertama kali saya mengorbankan masa study saya yang sedikit itu untuk pengisian rohani)

see..hati saya masih lagi ragu2 dengan Allah..
if u do something to draw yourself closer to Him..
then u don't have to worry about anything..
He surely will make things easier for you!




Friday, March 30, 2012

surat cinta Allah

"apabila kamu mahu bercakap dengan Allah.berdoalah!
apabila kamu mahu Allah bercakap dengan kamu bacalah Al-Quran!"

here are some tips murobbi usrah saya bagi untuk dapat feel semasa baca Quran:
- niat (ikhlas kerana Allah)e.g before buka Quran niat dalam hati semoga Allahmemberi hidayah kepada saya dengan membaca kalamnya atau contoh lain orang kata baca Quran dapat tenangkan hati so niat ya Allah semoga dengan membaca Quran hatiku menjadi tenang..siyes jadi!cubalah!

-bersihkan diri dari segi rohani dan jasmani : ambil wudhuk , istighfar before baca Quran.

-khusyuk : dengan menganggap isi Al-Quran tu tertuju kepada kita (tapi Al-Quran tu memang untuk kita pon),so bacalah seolah-olah Pencipta or Pemilik kita sedang mengingatkan kita dengan penuh kasih sayangNya..macam ibu nasihat anak :)

-ikut cara Sahabat Rasulullah s.a.w bergaul dengan Al-Quran : satu kisah sahabat yang menyentuh hati saya, kisah Tsabit bin Qa'id yang menangis apabila surah Al-Hujurat diturunkan. "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain...."(Al-Hujurat ayat 2)
Tsabit ni menangis mendengar ayat ni sebab dia memang seorang yang bersuara kasar.padahal ayat tersbut ditujukan untuk orang arab pedalaman yang biadab dengan Nabi s.a.w.

-bersedia untuk menjalankan perintah Allah dan beriman dengan isiAl-Quran- "semoga Allah bagi kekuatan untuk saya menjalankan perintah Allah dengan patuh"
( Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim ) Al- Kahfi ayat 50

- tahu sebab Al-Quran diturunkan : yang ni kena rajin buat kajian dan belajar sket

ok..itulah tip2nya serba sedikit..
tapi kalu dah pasang niat untuk cari redha Allah sudah memadai sebenarnya..
sebabnya Allah tahu dan kenal hambanya yang inginkan petunjuknya.
"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.54
Dan tidak ada sesuatupun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika petunjuk telah datang kepada mereka, dan dari memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang telah berlalu pada) umat-umat yang dahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata".55
(Al Kahfi 54-55)

tata blog..buku opthalmology sedang menunggu saya :)

Monday, March 26, 2012

ohh muslimah!kuatkan hatimu!

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.(Al-Ahzab 36)


wahai nabi!(maksudnya bukan nabi sahaja-Al-Quran adalah untuk semua manusia)
sesungguhnya Kami telah menghalalkan bagimu isteri - isterimu yang telah engkau berikan mas kahwinnya (Al-Ahzab 50)

Sunday, March 25, 2012

sekali lagi.."Rahmat Allah"

poem made by me(poem la sangat):
when a sinner began to realize her sins which she has commited before..
she will see how stupid she was,she will see how far she has gone astray..
till one day Allah makes her realizes her sins,her heart was full of dirt..
then she began to see that ALLAH was always be merciful to her -subhanallah-
(this is what i felt though)

salam blog..
actually malam ni saya nak mengadu siket :(
sebab..sebab..sebab :(
tiap2 hari saya buat dosa :(
tiap2 hari hati saya buat dosa..:(
tiap2 hari saya pikir dosa saya yang silam :(
tiap kali solat bila saja sampai ayat,
"Ar-Rahmani Rahim"
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
hati saya..hati saya..hati saya..sebak..
yaAllah sesungguhnya besarnya rahmatMu..
dosa2 saya Allah sembunyikan..
sedangkan dia tahu hambaNya ini yang menghadapnya 5 wktu sehari semalam ini telah berbuat dosa padanya..
hati hambaNya ini penuh dengan kotoran..
anggota badan hambaNya ini telah berbuat dosa..
hambanya ini telah ingkar perintahNya..

"Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri" (Al-Qiaamah 13-14)

tetapi engkau tetap mendengar permintaan kami YaAllah..
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus"

Kami hambaMu yang seringkali lalai dan lupa yaALLAH
hanya kpdMu kami memohon pertolongan.
tunjukkanlah kami ke jalan yg Engkau redha yaALLAH

saya seringkali terpikir..
sekiranya Allah tidak membuatkan saya sedar akan dosa2 saya..
berkemungkinan saya masih hanyut dengan dosa2 saya :(

Poem;
True fear is not to shed tears when remembering Allah,
True fear is when you stop the sins that Allah has prohibited you from(by Allah's mercy)
for you may shed tears and continue sinning..
so true.isn't it?

HADITH:
The Prophet (sws) Saw a woman embracing her child and holding him to her bosom, Prophet (sws) asked the Sahabas do you think this mother will ever throw her child into the fire. Sahaba said no. Such will be Allah (swt) will be merciful to his servants for their repentance to Him. Allah is more happy to his servant when they ask for repentance then this women is to her child
so jangan sedeyh2 ok..
Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
tetaplah memohon keampunan dan kerahmatanNya..
Allah tak pernah jemu dengan doa yang sama setiap hari..

Saya :baiklah!berusaha!

untuk tinggalkan dosa itu perlukan mujahadah yang berterusan.saya siyes!

"Ya Muqollibalqulub thabbit qulubana 'ala diinika wa'ala to'atik"
(wahai yg membolak balikkan hati tetapkanlah hati kami di dalam kesetiaan pada agamamu dan ketaatan untuk menjalankan perintahmu)
Amiin..

Tuesday, March 20, 2012

Allah 's mercy(Rahmat Allah)

tafsir surah Al-Haqqah..
ada satu ayat yang membuatkan hati yg berdosa ini tersentuh..

Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi(18)
Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!(19)

maksud di sebalik ayat ni..
Ibn Abi Hatim merekodkan bahawa `Abdullah bin `Abdullah bin Hanzalah -
dan dia (Hanzalah) adalah sahabat yang dimandikan malaikat semasa dia syahid -
katanya,
sesungguhnya Allah akan menahan hambaNya pada Hari Pengadilan dan Dia akan membuatkan dosanya berada di luar buku rekod amalannya,
kemudian Allah akan berkata padanya 'Did you do this?'
hambanya menjawab 'Yes my Lord.'
kemudian Allah berkata padanya, 'Aku tidak akan mendedahkan(atau menghina)kamu
kerana sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu,
so hambnya itu akan berkata "(nah!kamu semua bacalah kitab amalanku ini!)

ya Allah..betapa besar rahmatMu..
bagaiman orang tersebut dapat rahmat dari Allah?

sambungan surah..

"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"(20)

orang2 ini adalah orang2 yang yakin mereka akan dibangkitkan dan di hitung amalannya..
so Allah hide their sins in the day of judgement
orang2 yg yakin ini akan sentiasa berhati2 dalam hidupnya..
supaya dia tidak melakukan apa yg Allah larang dan berusaha untuk mendekatkan diri padaNya.
orang2 yang yakin ini juga sentiasa bertaubat dan mengakui kesalahannya..

"Work deeds, strive, seek to draw near (to Allah) and
know that none of you will be admited into Paradise because of his deeds.)
They (the Companions) said, "Not even you O Messenger of Allah'' He replied,
(Not even me, except if Allah covers me with mercy from Himself and grace.

-APA YANG PENTING KITA BERUSAHA untuk jadi hambanya yang baik-
"Allah tidak melihat hasilnya,tapi Allah melihat usahanya"
sebab kita adalah insan yang sangat lemah,ada sahaja kekurangan.
sembahyang kekadang lambat,kekadang tak khusyuk..
apa yang diharapkan hanya rahmat Allah untuk menutupi kekurangan yang ada.

wallhua'lam..