The Quran is an immense treasure meant to guide us through darkness like the stars guide travelers of the desert..

Saturday, November 17, 2012

setiap kesusahan ada kemudahan


A001 Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? --.klu saya,mcm2 nikmat.islam.iman.sihat.ilmu.etc
A002 Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) --> sy :dh banayk Allah tolong k?
A003 Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? -->ya Allah dah banyak permudahkan urusan kamu k?
A004 Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? --> Allah bg rezki dpt tajaan mara dapat stdy medic k?org lain ad yg xdpt k?
A005 Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, -->yup..skrg mungkin masih ada kesukaran..tp ada kemanisan di penghujng nanti..sabarlah!
A006 (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.-->Allah tegaskan lagi..so tenang2 jelah..bukan kamu mengaku kamu beriman dgn qada' dan qadar Allah?
A007 Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
-->so jangan putus asa..
A008 Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
mengadu sahajlah pada Allah.tawakkal.tawakkal.tawakkal.




Thursday, November 15, 2012

Hasbunallah wa ni'mal wakil ni'mal maula wa ni'mannasir

terfikir sejenak..apabila terbaca berita2 tentang saudara2 di palestin.
mereka tengah bermati matian mempertahankan negara mereka.
angka yang terkorban makin hari makin bertambah.
Allah..
saya?nak berjihad lawan perasaan negatif yang betandang itu pun agak susah..
yaAllah ya rabb ku,
kuatkanlah semangat juang dalam diriku untuk melawan nafsuku,perasaan yang tidak enak yang selalu bertandang ke dalam mindaku sebagaimana engkau menguatkan semangat saudara2 di palestin.

allahummanshur ikhwanuna fi falestin.

hasbunallah wa ni'mal wakil..

Wednesday, November 14, 2012

tiada duka yang abadi didunia

bila kita senyum,fikir yang positif sahaja,hormon endorphin akan dirembeskan..
hormon ini akan membuatkan kita berasa tenang,rasa bahagia, a feeling of well being..

(saya kena kuat untuk hadapi hari2 yang mendatang..saya tak boleh kalah lagi dengan emosi saya)

fikiran akan mempengaruhi emosi,
emosi akan mempengaruhi tindakan.
jadi fikirlah yang elok2 sahaja ye kamu?
so that tindakan kamu akan elok2 sahaja.
bukan tindakan yang kamu sendiri rasa malu bila fikir balik



Monday, November 12, 2012

maal hijrah sudah dekat.


dato'dr haji fadzilah kamsah: 
"As salamu'alaikum shbt tersyg. Selamat menyambut thn hijri 1434. Moga Allah hijrahkan kita ke arah mardhatillah. 
Tip utk hijrah diri:
1.Bentuk niat yg tulus & harap redha Allah,
2.Matlamat yg membakar smgt tapi munasabah, 
3.Buang tanggapan yg negatif ttg diri, 
4. Elak fikir negatif ttg segala perkara-- fikir itu doa!
5. Belajar drp org yg berjaya, 
6.Jgn tergugat dgn komen negatif org lain, 
7.Lakukan langkah demi langkah-- jgn tak sabar, 
8.Elak tangguh2 utk lakukan perkara yg baik, 
9.Amalkan dgn istiqamah selama 40 hari, sbb tabiat baru terbentuk dlm 40 hari,
 10.Byk berdoa & tawakkal kpd Allah swt. 
Moga Allah beri kita semua taufik & hidayahNya"
--terkesan--

hari ni bangun pagi2..lepas menangis bagai semalam dan hari2 sebelumnya macam tu jugak..Allah..
bangun2 termenung..sampai bila saya nak jadi macam ni?
sampai bila saya nak duduk dalam keadaan miserable macam ni?
sejak datang balik untuk smbung pengajian..saya melangkah kaki dengan niat untuk jadi lebih baik dari sebelum ni..
tetapi....hampeh..lagi tak terurus urusan hidup saya..
mak tanya okey ke study sekarang?okey2 je ke dengan 'orang' tu?
saya jawab semua ok..alhmadulillah..tapi as a matter of fact anak mu miserable kt sini mak!
duduk tanggung sorang2..malu nak meluah kat kawan2..
study mcm kurang dah sket,pengisian rohani dh mcm kurang sket..
balik kelas je..ligat je otak ni nak fikir benda yang tak patut difikir pon..
terlalu sangat fikir pasal 'orang tu' kn?
fikir kenapa dia senyap sangat..kenapa dia tak tanya khabar pasal saya?kenapa tak respon mesej?apa salah saya?
terlalu berharap sangat orang care pasal kita..smpai lupa untuk care diri sendiri..
sudahlah..cukuplah..enuf already k?
tak cerdiklah macam tu..fikirkan diri kamu dan keluarga kamu cukuplah..
Allah dah tentukan jodoh dengan siapa..tak jadi dengan 'dia' adalah tu Allah prepare orang lain untuk kamu.much better!perhaps.
sayang diri kamu dulu k sebelum sayang orang lebih2..
mungkin susah untuk mulakan..perasaan tuh dalam sangat kot..
pikir je terus air mata mengalir...dalam sangat kot luka tuh..
but xpe..jangan putus asa mencuba wahai diri!
take your time..orang boleh je ignore kamu kenapa kamu tak boleh?!!!

Muharram dah dekat..mulakan azam baru!

(menulisambilmelodilagucukupcukuplh sudahterngiang2dalammindahuhu)


Wednesday, November 7, 2012

lalai


"Orang yg bermaksiat lebih mudah bertaubat.
Bila dah sampai masanya dia akan menyedari dosa2nya.
Sedangkan orang yg lalai tidak akan sedar dan pernah mencela dosanya,
bahkan dia akan terus melakukan maksiat hingga ajalnya datang" 

ALLAH

Friday, November 2, 2012

akhlak yang baik


Menurut riwayat Muslim, Rasulullah SAW juga memohon,
" Ya Allah, bimbinglah aku ke arah tingkah laku terbaik, kerana tiada pembimbing ke arah itu selain Kau, Ya Allah.
Dan peliharalah aku daripada berkelakuan tidak baik, kerana tiada siapa yang dapat memelihara aku selain Kau, Ya Allah".

Friday, October 12, 2012

ujian


" Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, pertama kamu mesti sabar dengan apa yang kamu benci ♥

- (Imam Al-Ghazali) -

yaAllah bantulah daku untk bersabar dgn segala dugaanMU
dan bantulah aku untk redha dgn segala ketentuanMU..

Monday, August 6, 2012

apakah tujuan hidup kita?


ambik status Hilal Asyraf :

Hidup ini untuk apa?

Soalan ringkas, yang kalau ditanya, ramai yang blur untuk menjawabnya.

Kecuali yang benar-benar yakin akan wujudnya pertemuan dengan Allah SWT di akhirat sana.

''Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka.
(al hasyr 19)

dulu,
sebelum saya jatuh cinta dengan Quran,
saya rasa saya nak hidup enjoy2 je,
sembayang,puasa,pakai tudung..smua tu sy buat sbb ikut orang tua saya je,
saya x pernah ambik tahu kenapa saya solat,kenapa saya puasa,kenapa sy pakai tudong?
hidup saya bercampur aduk dgn dosa dan pahala,
saya rasa rajin nak baca quran sy baca,baca tnpa memahami mksudnya.
saya rasa rajin nk buat amal sy buat,
x pernah konsistent,x pernah cuba membaiki amalan,mendalami ilmu.
jauh..saya sgt jauh dgn Allah..pencipta saya,
tetapi Allah tahu dalam hati saya pernah timbul persoalan..
''kenapa ak solat tp ak masih buat dosa?"
dlu sy pernah dgr ustaz cakap solat tu mencegah kita dari buat perkara mungkar,
sy terus tertnya2..kenapa aku masih tanpa rasa bersalah buat dosa sednagkn aku solat?
Allah Ar Rahman Ar Rahim..
rupanya Allah masih sygkan sy inspite of dosa2 besar yang sy lakukan,
Allah buka pntu hati saya untuk cuba jinakkn diri dgn Quran dan membaca mksudnya,cuba mendalami pengajaran di sebalik kalam Allah.
plus sy cuba mencari kawan2 yg boleh remind sy if saya lupa..
percayalah..once kita nekad untuk berubah..Allah akan buka jalannya..
hidayah bukan datang bergolek tanpa dicari..
once Allah buka hati,kita akan nmpak jahilnya kita dahulu,
hidup semata2 untuk diri sendiri tanpa memikirkan persediaan untuk bertemu dgn Allah kelak.
ya Allah bimbinglah , tunjukilah kami ke jalan yang Engkau redha..




Saturday, July 28, 2012

ya Allah jgnlah Engkau palingkan hati kami..

saya rasa saya perlukan teman hidup
yang dapat mengukuhkan hubungan saya dgn Allah..
yang dapat mengukuhkan langkah kaki saya untuk menjalani jalan2 hidup yang Allah redha..
yang dapat membuatkan saya istiqamah untuk membaiki kelemahan diri dan membaiki amal ibadah yang serba kekurangan..
yang dapat membuatkan saya cintakan ilmu dan mengamalkan ilmu ygn dipelajari..
yang dapat mengingatkan saya sekiranya saya terleka atau lalai..
yang dapat mengingatkan saya untuk sentiasa bertaubat apabila melakukan dosa..
yang dapat menegur kesalahan saya dan tidak membiarkan saya membuka aurat didepan lelaki ajnabi walaupon abang ipar or adik ipar sendiri dan tidak membiarkan saya tergolong dari wanita neraka (naudzubillah)
yang dapat mengajak saya bersama-samanya untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya..
yang...yang..yang..

*exam lusa..tapi mood tetiba berubah bila tgk cerita perempuan neraka..
kisah hidup dimana lelaki menjadi dayus apabila terlalu memanjakan isteri sehingga isterinya tanpa rasa bersalah menderhakai suaminya (lelaki jugak menjadi dayus apabila membiarkan adik beradik perempuan tidak menjaga aurat dgn betul)
suami pulak macam pak pandir ikut je telunjuk isteri..lastly rumah tangga kacau bilau..anak jadi tah pape..perangai ikut mak..salah siapa?
salah suami la kot..tidak melengkapkan diri untuk jadi imam yang terbaik untuk isteri..
isteri pn salah gak kot..sebab tidak belajar untuk jadi isteri solehah..

Wednesday, July 25, 2012

ishbir!

"sabar diperlukan untuk meniggalakn larangan Allah"

ya Allah kuatkan hati ini untuk berjalan di jalan yang engkau redhai.



Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani