The Quran is an immense treasure meant to guide us through darkness like the stars guide travelers of the desert..

Thursday, May 30, 2013

hardship

''indeed with hardship (will be ) ease''
-inna ma'al 'suri yusra-

saya akui,saya diuji..
diuji dengan kata-kata saya,
diuji dengan apa yang saya azam saya mahu tinggalkan.

Allah...


Monday, May 27, 2013

cermin

semalam naqibah berkongsi tajuk yang sangat best : CERMIN
cermin synonim dengan refleksi diri.
cermin synonim juga dengan kejujuran.
(jujur,tidak menipu cth ada jerawat nmpk ada jerawat dlm cermin)

menarik tajuk ini apabila dikongsi,dibincangkan.
kita tak boleh menafikan kekadang kalau kita rasa kita dh banyak buat amal.
kita tend untuk menghukum orang yang nampak macam kurang baik.
dalam sedar tak sedar,apabila bersikap sedemikian hati kita sebenarnya ada yang x kena.
(ujub tanpa sedar)
sebaliknya,apabila ternampak orang yang kurang baik.
sepatutnya ia menjadi cermin untuk refleks diri balik.
"sepatutnya aku tak boleh buat mcm tu" or
"dulu aku mcm tu jugak" or
"alhamdulillah Allah menutup aibku" or
pandanglah org tersebut dengan pandangan cinta,kasih sayang yang menimbulkan belas kasihan.
dalam hati mendoakan orang tersebut
"semoga Allah memberi hidayah kepadanya"

selain itu,sepatutnya kita mesti meletakkan cermin 'maya' di hadapan kita sebelum berkata2
or apabila lidah tend untuk mengata or berprasangka buruk terhadap orang.
cermin akan membuatkan kita nampak kita banyak yg kekurangan,kita masih banyak yg perlu diperbaiki.
kita tak ada hak untuk menjudge orang.
Allah sendiri masih lagi menutup kesalahan kita masih lagi memberi peluang kpd kita.
apalah hak kita nak mengata,menjudge or berprasangka buruk terhadap org.

jadi letaklah cermin sentiasa di sisi.
refleks diri balik sentiasa.





Sunday, May 26, 2013

jatuh.bangun.bounce.rebound!

ya kekadang iman tu turun..merudum..ke tahap paling rendah.
ye kekadang iman tu naik..meninggi..ke tahap paling tinggi.

ye kekadang diri terasa kuat mujahadah melawan nafsu.
ye kekadang diri terasa lemah untuk menolak kehendak nafsu.

ye saya hanyut.jauh..tenggelam dengan noda hitam dosa yang gelap lagi menggelapkan.
tetapi..
mungkin..
cahaya iman masih bersinar.
setiap kali hendak tidur.saya reflect blk.
saya hidup lagi x esok?
ada peluang lagi ke untuk berubah?

tetapi..
besoknya saya ulang lagi kesalahan saya.
saya lemah.saya tertipu.
dengan nafsu dan syaitan yang selalu menampakkan indah benda2 yang langsung tidak indah pun hakikatnya

''[kebenaran itu bukan tidak ada buktinya)bahkan manusia(yg ingkar)sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (sepanjang hayatnya sehingga ia tidak mengaku adanya hari kiamat] al qiyamah ayat 5..
{saya hafal surah ni dahulu,tapi sudah lupa..adakah sebab dosa?}

tetapi Allah itu maha pengampun maha penyayang.
saya yakin.sangat yakin.
''there is always space for improvement"

saya tekad.saya azam.
saya nak bangun balik.
yaAllah kuatkanlah hamba Mu ini.
untuk mujahadah di jalan Mu.

cukuplah mengejar cinta manusia
kejarlah cinta Allah
Allah tidak pernah mengecewakan org yang mencintainya





Sunday, May 19, 2013

mujahadah.perlukan kekuatan yang super saiya hebat!


Merah jubah imanku
Terpalit dek nafsu berombak darah
Punah putih sucinya, hamis baunya

Ke kolah sesal kaki menjejak longlai
Air rahmat darinya kuceduk segayung
Pada pekat merah itu aku jiruskan
Mengikis ketul-ketul darah yang mengeras

Sebuku sabun taubat yang makin kecil
Oleh basuhan yang tak terasa puas
Aku sental, gumal pada lipat yang bersembunyi
Walau merah itu takkan hilang begitu

Menitik keringat mujahadah pada perahnya
Dan aku sidai ia pada ampaian qiyamulail
Tapi datang pula si burung bersama najisnya
Ketika fajar belum sempat bertanya khabar

Aku melihat, benar, aku cuma melihat
Betapa jubah iman yang kubasuh itu
Dicemar pula oleh iblis-iblis yang bersiul riang
Ketika tangan yang membasuh ini jadi kudung

Bilakah benar-benar aku boleh memakai
jubah yang tidak akan pernah kering itu?

Sunday, May 12, 2013

decision

yes.
that's my decision for now.
but in the future.
i dont know.
it might change.
perhaps.