The Quran is an immense treasure meant to guide us through darkness like the stars guide travelers of the desert..

Monday, May 28, 2012

SYRIA


ya Allah ya Rabb kami..
selamatkanlah mereka,
kurniakanlah kemenangan kpd mereka,
hantarkanlah pertolonganMu kepada mereka,
hancurkanlah pemerintahan yg zalim di syria.
:(:(:(

mereka saban hari di uji..
bapa mereka,ibu mereka,pemuda2 mereka,anak2 mereka termasuklah anak-anak kecil yang belum kenal dunia dibunuh tanpa belas kasihan.

sedangkan saya..masih memikirkan 'soal hati',
perkara yg terlalu kecil jika di bndingkan dengan ujian yang mereka terpaksa hadapi setiap hari.

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (QS 3:142)

Sunday, May 27, 2012

dialogue syaitan

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
(''syndrome aku lebih baik dari dia''(sifat takabbur,'ujub)- penyakit hati yang sangat parah,dengan sifat inilah syaitan telah dikeluarkan dari syurga )

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina"
(walau hanya ada sebesar zarah sifat sombong dalam hati,sudah tidak layak untuk masuk syurga
kalau tilik balik..agak2 kalu kita still buat maksiat kita ni boleh di kategorikan orang yg sombong sbb kita tak nak dengar perintah Allah,perintah yang melarang melakukan segala laranganNya)

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)"
Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)
(see rahmat Allah sangat luas even setan ni sangat berdosa tapi Allah still mengabulkan permintaannya untuk extend hukuman sampai kiamat ..
boleh analogykan dalam kehidupan kita,even kita seringkali lalai dengan perintah Allah ada tak Allah terus bagi hukaman?xde kan..luas sangat rahmat Allah,Allah masih bagi peluang kepada hambaNya untk kembali kpdnya..ttp adakah kita mengambil peluang tersebut?)

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
--;maksud (dalam tafsir ibnu kathir)
- dr hadapan mereka = melahirkan rasa ragu2 dgn hari akhirat,
- dr belakang = mementingkan dunia
-dr kanan = membuatkan keliru tentang agama
-dr kiri = menggoda untuk melakukan maksiat/dosa
(dia x cakap dari atas sbb rahmat Allah dtg dari atas)
(syaitan goda kita dr segenap penjuru supaya kita menjadi hamba yg tidak ''bersyukur'' - bersyukur meaning kita lakukan suruhan Allah dan tinggalkan laranganNya sbg tanda terima kasih pada ALLAH)

Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;
(lesson :kalu kita buat bnda yang Allah larang(buka aurat,derhaka ibubapa) maksudnya kita adalah pengikut setan dan pengikut setan balasannya adalah neraka!)

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim"
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)"
(lesson : setan menghasut dengan menampakkan indah dosa yg di lakukan)

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua"
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"
(lesson : aLLAH warning setan tu musuh kamu yg nyata! kalu degil sangat nk ikot sangat langkah setan..kita sendiri yang akan terima padahnya)

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
(lesson : Allah ajarkan kpd nabi Adam doa untuk bertaubat , so pengajarannya even kita buat salah jangan putus asa untuk bertaubat dan cuba lagi untuk baiki kelemahan yang ada)

Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".
Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".
(lesson : tempat asal kita actually syurga, dunia ni hanyalah tempat persinggahan, dunia ni adalah alat untuk mencapat matlamat kita iaitu syurga , di dunia ini kita hidup untuk mengumpul bekalan kerana kelak kita akan mati dan dibangkitkan untuk di hitung amalan)

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(pakaian taqwa maksudnya kalau kita takut kpd Allah dan azabNya sehingga kita menjauhkan diri dari dosa, Allah akan menutup kesalahn2 yng kita lakukan di hari perhitungan(akhirat)kelak)

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(lesson : Allah dah warning syaitan tu musuh kita yg nyata! syaitan itu licik! kita x nampak dia tapi dia nmpak kita!oleh itu jangan turuti mereka! sebagaimana dia telah memperdayakan datuk nenek kita dahulu seperti itu jugak dia akan menipu dan memperdayakan kita supaya kita tidak beriman kepada Allah,supaya kita malas untuk menuntut ilmu,supaya kita malas untuk beramal..etc..)
(Al-a'raf - ayat 11-27)

Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah. (Ala'raf 30)
Na'udzubillah ..tuntutlah ilmu supaya kita tidak di sesatkan oleh syaitan.supaya kita tahu mana jalan yg lurus mana jalan yg betul

Tuesday, May 22, 2012

siyesly terkena batang hidung sendiri.

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) -Al-Isra' 32-
Siyes..terasa kot tgk picture kt atas..
Kat real life insyaAllah boleh jaga batas pergaulan tetapi di 'alam maya'?
"Mana ada orang tahu kan"..
Lupa yang 'cctv' Allah on sepanjang masa..
Semua ni Allah rekod di akhirat kelak..
Kita akan ditanya "apakah kau melakukan ini?apakah kau melakukan itu?"
"Apakah engkau cuba menjauhkan perbuatan 'zina'?"
Ya ALLAH..apa yang saya nak jawab nnti?
''Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "(Al-Mulk 8-9)

*actually picture di atas kawan saya post kat wall dia
mungkin ini salah satu inisiatif dia menegur saya dan housemate yang lain*

-yaAllah segala puji bagiMu yg mengurniakan daku sahabat yang baik2-


Thursday, May 17, 2012

hidayah perlu dicari bukan di nanti

''Apakah kamu mengira,bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main2 saja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"(Al-Mukminun 115)

Actually malam semalam saya bermimpi..saya cakap kat family saya.
"Alaaa..kumpul banyak2 harta pon,boleh bawak masuk kubur ke?"
padahal family saya takdelah kaya pon..hehe.

Okeyh straight to the point,saya nak cakap pasal 'hidayah' hari ni..
kalau kita perasan sebenarnya setiap hari dan setiap kali solat kita mohon pada Allah
''tunjukkanlah kami ke jalan yg lurus''
sebenarnya hidayah ada 2 jenis hidayah umum dan hidayah khusus,
hidayah umum diberikan kepada semua makhluk untuk kepentingan urusan mereka.
ulama menamakan hidayah ini sebagai bimbingan dan petunjuk.
misalnya,bayi di beri petunjuk untuk menyusu kepada ibunya.
manakala hidayah khusus pula diberikan kepada orang2 yang beriman.
ulama menyebutnya dengan hidayah dan taufik iaitu hidayah jalan yang lurus.
hidayah inilah kita selalu minta dalam solat dengan bersungguh2;
A006

Tunjukilah kami jalan yang lurus.


Rasulullah S.A.W sentiasa berdoa kepada Allah ''Ya Allah berilah aku petunjuk''

(siapalah kita untuk sombong menadah tangan memohon pada Allah untuk memberikan kita hidayah..sedangkan Rasulullah S.A.W yg dijamin syurga sentiasa memohon pd Allah)

mengapakah Rasulullah S.A.W sentiasa memohon petunjuk sedangkan Baginda S.A.W sendiri adalah sumber petunjuk paling agung?Baginda S.A.W lah dijadikan perantara sehingga org lain mendapat petunjuk.mengapa Baginda berbuat demikian?


Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata rasulullah S.A.W masih meminta hidayah kerana;

- hidayah itu bertingkat dan bertahap.

- setiap hari hidayah yang didapat seorang hamba itu bertambah.Rasulullah S.A.W meminta kpd Allah agar menambah hidayahNya sbb hidaya itu byk jenisnya.

-jalan untuk memperoleh hidayah itu banyak sekali,sebanyak bilangan nafas.

Aisyah meriwayatkan bahawa Baginda S.A.W melaksanakan solat malam dan bordoa,

"‏ اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ اللَّهُمَّ اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ ‏"

''Ya ALLAH Rabb malaikat jibril ,mikail,dan israfil. pencipta langit dan bumi ,Yang mengetahui alam ghaib dan alam nyata .Engkaulah yang mengadili di antara hamba2Mu terhadap semua mereka perselisihkan.Berilah aku petunjuk dengan izinMu terhadap kebenaran yang diperselisihkan.sesungguhnya Engkau pemberi petunjuk kpd jalan yg lurus''

(kalau solat tahajud masa qiamullail boleh amalkan doa ini)


Sebenarnya ada beberapa faktor untuk mendapat hidayah..

(by the way,hidayah perlu dicari,bukan di nanti)

1- AlQuran -Allah berfirman ;

''Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam)''(Al-Israa 9)

makanya sesiapa yang inginkan hidayah Allah hendaklah dia membaca Quran dan men'tadabbur' ayat2nya(menghadirkan hati ketika membaca AlQuran)

Al-Quran adalah kalam Allah,so apabila baca Al-Quran kita seolah sedang bercakap dengan Allah..

Al-Quran memberikan petunjuk ke jalan yang lurus dalam aqidah,petunjuk yang lurus dalam adab,petunjuk yang lurus dalam hukum, petunjuk yang lurus dalam akhlak dan perilaku.


2- Rasulullah S.A.W -perjalanan hidup Baginda S.A.W adalah petunjuk yang paling besar bagi kita.Bagaimana cara untuk mendapatkan petunjuk dari Baginda S.A.W ?

Ada 3 cara;

I. meyakini kejujuran,sifat amanah dan nasihat Baginda S.A.W

II. mencermati sunnah Baginda S.A.W- kita mungkin tahu serba sedikit biodata Rasulullah S.A.W,tetapi cukup ke untuk tahu 'surface2' je?.sepatutnya pengetahuan tentang Baginda S.A.W perlu merangkumi kehidupan sehariannya,perjalanan hidupnya,cara makan,minum,tidur,bermualat,beribadah,puasa,haji..and so forth.

(yang ni kena banyak baca sirah Nabi S.A.W dan sunnahnya)

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah (S.A.W) itu contoh ikutan yang baik iaitu orang yang sentiasa mengharap redha Allah serta dia menyebut dan mengingati Allah byk2(susah atau senang)"Al-Ahzab 21

III.berpaling dari segala yang bertentangn dgn sunnah Baginda S.A.W - org yang tidak melaksanakan sunnah ada kemungkinan dia kurang mendapat hidayah atau tidak mendapat hidayah.


3. Mujahadah - maksud mujahadah ialah - kalau ikut maksud yang skema, mujahadah ini bermaksud berjuang bersungguh-sungguh..tetapi maksud terbesar erti mujahadah ialah berjuang bersungguh-sungguh dalam memerangi hawa nafsu.

Allah tahu isi hati kita yang menginginkan hidayah.jika ada keinginan Allah pasti akan membukakan segala yang tidak terdetik dihati kita.

so kewajipan kita adalah berusaha..mencari dan terus mencari.

(sedangkan sel2 dalam badan kita tidak pernah lelah bekerja untuk kita,layakkah kita untuk memberi alasan 'penat' untuk tidak berusaha mencari hidayah?)


4.Berdoa - doa adalah senjata orang mukmin. Salman R.A meriwayatkan bhw Rasulullah S.A.W bersabda ; "Sesungguhnya Allah malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa,ketika seorang hambaNya berdoa kepada TuhanNya"

(Allah..Allah ..Allah terlalu baik dengan kita tapi kita?)


kuatkan diri, kuatkan hati, tambahkan ilmu di hati, moga Allah swt redhai, redha itu perlu dicari bukan dinanti, supaya kelak di hari akhirat nanti tak menggigit jari !

(saya ambik rujukan dari buku "Pesanan untuk orang Berdosa" yang di tulis oleh Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni)

wallhua'alam..

sekian


Friday, May 11, 2012

how to read al-Quran by heart?

do u notice what's the doctor doing?
yeah!she's reading Quran whenever there's free time.OSEM!


Dulu masih segar dalam ingatan saya.
Macam mana saya tersentuh bila melihat roomate saya baca Quran beserta tafsir.
Saya kagum kot,"dalam hati saya berbisik tak ke membazir masa baca dalam bahasa arab then baca bahasa melayu pulak"
Tetapi bermula dari saat itu saya cuba untuk membaca maksud di sebalik ayat Quran yang before this saya just baca macam tu tanpa curiosity nak tahu maksud..
Yelah kan 'buat benda baik kan dapat pahala'(tp kalu tahu beganda2 lagi pahala taw!)

Okay itu cerita dulu..
Hari ini saya nak share some tips that i've learn from kak naqibah kpd kak naqibah saya
tentang bagaimana caranya untuk baca Quran then at the same time kita hayati isi Al Quran tu betol2 sampai boleh mengalirkan air mata dan menggerakkan anggota badan untuk melakukan apa yang Quran suruh.

Firstly, benda yang penting sekali yang kita kena sedar kepada siapakah AlQuran di turunkan?adakah kepada nabi Muhammad s.a.w sahaja?kalau kpd nabi Muhammad s.a.w sahaja then kenapa nabi s.a.w bersusah payah mengerah tenaga dan berkorban segala galanya demi untuk memastikan apa yang di sampaikan Allah (Quran ) sampai kepada kita hari ini?
''kita lahir2 Quran dah ada depan mata"..tinggal nak baca ke tak je kan..
Sebenarnya dalam sedar tak sedar bila kita baca Quran secara automatik kita sedang bercakap dengan Allah.
percaya ke tak?okey let's see for instance surah al fatihah which we recite everytime we pray.

Rasulullah saw bersabda, " Allah telah berfirman (dalam sebuah hadis qudsi):
Aku bagi surah Al- Fatihah antara Aku dan hamba-Ku. Dan akan Kukabulkan apa-apa yang dipohon oleh hamba-Ku.
1) Apabila hamba-Ku berkata,"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,"maka Allah swt menjawab,"Hamba-Ku telah memulai dengan menyebut nama-Ku. Dan kerananya Aku berhak untuk menyempurnakan segala perkaranya serta memberkati seluruh keadaannya"
2) Apabila hamba-Ku berkata,"Segala puji bagi Allah, Tuhan Alam Semesta,"Maka Allah swt berkata,"Hamba-Ku telah memuja-Ku, dia tahu bahawa nikmat yang ada di sisinya adalah dari-Ku dan bencana yang dijauhkan darinya adalah lantaran kasih sayang-Ku. Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku tambahkan nikmat-nikmat akhirat di samping nikmat-nikmat dunia dan akan Kujauhkan darinya bencana-bencana akhirat sebagaimana Kujauhkan darinya bencana-bencana di dunia. "3) Apabila hamba-Ku berkata," (Allah) Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,"Maka Allah swt berkata,"Hamba-Ku telah menyaksikan -Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan penuhi nasib hidupnya dengan rahmat-Ku dan akan Kukurniai hayatnya dengan pemberian-pemberian-Ku.4) Apabila hamba-Ku berkata,"Yang Menguasai hari Pembalasan,"Maka Allah swt berkata,"Kupersaksikan kepada kalian sebagaimana yang diakuinya bahawa Akulah yang bekuasa pada hari pembalasan itu, dan akan Kupermudah hisabnya pada hari hisab kelak serta akan Kumaafkan segala kesalahannya.5) Apabila hamba-Ku berkata,"Hanya Engkaulah yang aku sembah’"Maka Allah swt berkata,"Hamba-Ku benar ketika dia menyembah-Ku. Kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan berikan kepadanya ganjaran kerana ibadahnya sehingga orang-orang yang tidak sama sepertinya akan merasa iri hati kepadanya"Apabila hamba-Ku berkata,"dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,"Maka Allah swt berkata’"Hamba-Ku telah meminta pertolongan dari-Ku dan kembali kepada-Ku, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan menolongnya dalam setiap urusannya. Aku akan membantunya dalam kesulitan-kesulitannya dan akan Kuhulurkan tangan-Ku kepadanya pada saat dukanya."6) Apabila hamba-Ku berkata,"Tunjukkan kepada kami akan jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukannya (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."Maka Allah swt berkata,"Bahagian ini untuk hamba-Ku. Mereka berhak mendapatkan apa yang mereka mohonkan. Aku telah kabulkan permohonan hamba-Ku, Aku telah berikan kepadanya apa yang diharapkan. Aku telah menyelamatkannya dari apa yang dia mohonkan dengan perlindungan-Ku."

Subhanallah~

Secondly, reading Quran by heart.
Macam mana ek baca Quran dengan hati?
Akak tu cakap kalau la kita perasan isi AlQuran tu actually bukanlah ilmu.
Sebenarnya Al-Quran diturunkan adalah untuk memberi kesan kepada hati bukan untuk kefahaman akal sahaja.
Kalaulah Al Quran tu untuk kefahaman akal sahaja mungkin kita akan baca just untuk ingat dan bukan untuk diaplikasikan dalam hidup.
Macam mana nak bagi hati terasa?
Okay cakap kt hati awal2 ''aku baca ni kalam Allah,iaitu Rabbku yang memberiku rezeki,yang memberiku makan minum,duit,berjaya dalam pelajaran,dapat belajar egypt,yang menyempurnakan penciptaan anggota bdanku tanpa cacat cela,yang memberiku nikmat kesihatan,nikmat Islam dan Iman..fuhhh! banyak la nak tulis kat sini..
but still kita berkira kan nak baca Quran serta tafsir 2-3 ayat je pon lepas sembahyang..kjap je pon
So kesimpulannya..bila start baca Quran hadirkan hati sekali untuk memahami dan menghayati maksud di sebalik ayat alQuran..
So that bila hati tersentuh..iAllah kita akan cuba untuk beramal dengan isi Quran
Anyway,nak ke kita jadi mcm ni?
"Dan tidaklah ada yang lebih ZALIM daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya(Quran),lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.18:57
Na'udzubillahi min zalik :(
p/s: so niat dalam hati Ya Allah berikanlah daku petunjuk dan hidayahMu melalui AlQuran

3rd tips by learning Al-Quran - belajar bahasa arab dan latarbelakang surah kenapa di turunkan.
Actually agak penting belajar bahasa arab sebab bahasa arab ni sangat2 unique.
Antonasi surah dalam Quran tu boleh mengubah makna..kekadang susah untuk di explain dengan bahasa lain.
Sebab tu kalau orang arab baca Quran sampai menangis sebab mereka tahu part mana warning Allah,part mana Allah cakap lembut and so forth
Tips ni mcm agak susah..even saya pon still tercari2 kelas tafsir Quran..
Tapi kan..sekarang kan dunia dh moden,..saya baca tafsir Ibnu kathir secara online je..
dalam tafsir ni dia ada cakap sebab surah diturunkan..
or kalu nak tahu pengajaran surah boleh tengok link ni..

wallahua'alam..
nota ni mungkin tak sama dengan penyampaian akak tu..tp sy tulis ape yang saya paham.
hopefully bermanfaat kepada sesiapa yang passing by this blog :)


Sunday, May 6, 2012

Mum..

A014

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) - Lukman 14 -


Usrah semalam kami tadabbur surah Lukman..

di kala saya tengah risaukan ibu saya di kampung..

ayat 14 ini membuatkan saya bertambah2 sedih,pilu..

saya tiada di sisi ibu saya di kala dia amat memerlukan saya..

"she's got acute ascending cholangitis"

dulu 8 minggu berada dekat unit hepatobiliary,

tiap2 hari tgk kes yang agak sama with the same complaints.

but the difference is that the things which occlude the biliary ducts whether it's cancer or stones or pancreatitis etc..

but i think my mom just having gallbladder stones or something which is benign..

it's not life threatening though,but being a daughter who is far away from her mother when she is in need of her is something i'm regret.

as soon as i wake up today,

the first thing come up in my mind "MOM are you okay?"


hanya doa yang akak kirimkan untuk ma

yaALLAH..ya Rabb kami,

semoga sakit ibuku menjadi kafarah dosanya,

semoga sakit ibuku menjadi salah satu wasilah untuk dia memiliki tempat yang tinggi di sisiMu,

semoga sakit ibuku menjadi pemberat mizan di akhirat kelak,

semoga sakit ibuku menjadikannya seorang hamba yang bersabar,

semoga sakit ibuku membuka pintu hatinya dan menambahkan keimanannya...

amiin..


dari anakmu yang jauh~

Friday, May 4, 2012

puisi untuk lelaki..

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku!
Pada kelelakianmu!
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul....

nota kaki:
kalau nak suami soleh,
jadilah solehah dulu!
samalah lelaki,
kalau nak isteri solehah,
jadilah soleh dulu!