The Quran is an immense treasure meant to guide us through darkness like the stars guide travelers of the desert..

Wednesday, June 27, 2012

Allah is the most merciful

''Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian,apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan''
(An-Nahl 53)
tatkala hati kita resah.cuba paksa diri
ambil wudhuk.solat sunat 2 rakaat.
sebelum solat.tanamkan dalam hati.yakin sepenuhnya dengan Allah.
Ya Allah,aku berserah diri sepenuhnya padaMu. aku tahu kesulitan/kesusahan/kekusutan minda ini adalah ujian dariMu untuk mengujiku adakah aku benar2 hambaMu yang sentiasa bergantung harap hanya padaMU
kemudian berdoalah mengadulah padaNya sepenuh hati. kemudian ambil Quran.baca.
insyaAllah...
kita akan jumpa ayat2 yang memang terkena dengan batang hidung kita.
secara tak langsung hubungan kita dengan Allah terjalin balik.
selesai je iAllah kita akan dapat ketenangan itu.
plus sabarlah.dan terus bersabar.

''Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu)
bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.''(Al-Qiyamah 20)

ingat,klu ada problem kita cari manusia.manusia itu akan menambahkan beban masalah kita,
kita jadi sakit hati dengan manusia tersebut sebab manusia tu tak paham apa kita nak.
sebaliknya kalau kita cari Allah di saat kita memerlukan,
Allah tahu masalah kita.Allah lebih faham apa kita mahukan.Allah lebih tahu solution kpd masalah kita.
YAKINLAH!.
apa gunanya kita mengucap La Ilaha Illa ALLAH kalu kita tidak yakin dengan Dia?

sedar tak sedar,kalau kita renung kita mungkin banyak lalai dari mengingatiNya
sebab itulah Allah datangkan ujian supaya kita kembali padaNya.
sedarlah.inilah kasih sayang Allah pada hambaNya.
dia tidak pernah menyegerakan hukuman eventhough kita banyak lupakanNya.
Allah..

''Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka,tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan''(An-Nahl -61)

p/s:saya bukan budak baik.dan saya rasa tidak salah kalau kita berusaha untuk menjadi lebih baik dengan meniggalkan dosa yang kita sedia maklum itu 'dosa dan Allah tak redha' walaupun ianya sangatlah pahit.tapi kalau yakin dgn Allah,Allah akan tukar kepahitan itu dengan kemanisan.

Ya Allah janganlah engkau palingkan hatiku setelah engakau memberi petunjuk dan hidayahMu kpd ku..
aku hambaMu yang lemah,banyk kali diri ku tewas ya Allah.
ya Allah golongkanlah daku dari golongan yang mencintaiMu dan sentiasa berharap untuk bertemu dgnMu.

*mengaku cintakan Allah tetapi bila pikirkan kematian.ak resah gelisah..bukan seperti kekasih yang menuggu2 dan rindu untuk bertemu dgn sang kekasih*

Thursday, June 21, 2012

lemah

http://www.mobtv.my/islamic-1529.html
saya tahu Allah sedang menguji kami.

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?(3:142)

saya tahu bukan senang untuk ke syurga dan bukan senang untuk bertemu Rasulullah S.A.W

Sunday, June 17, 2012

solat orang munafiq

kita dah sedia maklum orang2 munafiq ni tempat dia adalah neraka jahannam.
which is the bottom of the hell.
sebenarnya banyak ciri2 munafiq yang ada pada diri yang kekadang kita terlepas pandang selain daripada 4 ciri2 utama orang munafiq ;
-cakap bohong
-mungkir janji
-khianat dengan amanah yang diberikan
-bertengkar lebih2(asyik nak menang je)
ciri lain yang saya sendiri baru tahu hari ni selepas tgk rancangan tanyalah ustaz yang bertajuk sempurnakah solatku ialah berkaitan dengan SOLAT
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Amal seseorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari kimat adalah solatnya, jika(solatnya) baik maka dia telah berbahagia dan beruntung, dan jika(solatnya) telah rosak maka dia telah celaka dan merugi. Jika dia mengurangi kewajipan, Allah berfirman: “Periksalah, apakah hamba-Ku mempunyai amalan sunah(solat sunat) yang dapat menutupi kekurangan kewajipannya?” kemudian, begitulah semua amalnya dan dihisab.” [H.R. At-Tirmidzi –katanya hadis ini hasan]

ciri tersebut ialah SUKA MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT(dengan sengaja)
Allah..bila saya dengar ni..hurm..tak tahu nak cakap apa.

Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan"(maksudnya masuk je waktu terus solat) (Surah an-Nisa, ayat 103)

Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat (maksudnya sembahayang macam ayam patuk tanah), sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit(tidak khusyuk)." (Hadis riwayat Muslim).
so orang munafiq diorang solat tapi melengah-lengahkan,then sembahyang cepat2 takde toma'ninah,then tidak khusyuk - fikiran melayang tah kemana2.

Allah..Allah..Allah..:(

so semoga lepas ni saya dan sesiapa yang terjenguk blog ni cuba untuk mendirikan solat awal waktu.
say NO to neraka jahannam.Na'udzubillah

satu lagi ciri munafiq - tapi yang ni untuk lelaki je kot.
meninggalkan solat berjemaah di masjid kecuali uzur.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).
Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.”
(Surah al-Baqarah, ayat 43).

Ya Allah ya Rabb kami kurniakanlah kami kekuatan untuk mendalami ilmu supaya ibadah yang kami lakukan hari2 adalah ibadah yang betul engkau terima dan jauhkanlah kami dari memiliki sifat2 orang munafiq.amiin

Friday, June 15, 2012

i'm proud to be a muslim

bismillahirrahmaanirrahim ( dengan nama Allah yg Maha pemurah Lagi Maha Penyayang)

hari ni bermula cuti saya sebab esok adalah hari election untuk presiden baru egypt..
tetapi ada berita yang kurang enak saya baca Ahmad Syafiq which is one of calon presiden dibenarkan untuk bertanding esok.
beliau ni telah berikrar akan mansuhkan Al-Quran dalam sistem pendidikan kt egypt.
inilah orang yang mengaku diri muslim tapi engkar/sombong dengan Allah.
semalam prof yang mengajar prostate cancer ada cakap2 pasal election ni.
dia bertanya kt kitorang kamu pilih siapa as presiden baru,
off course la satu kelas jawab Dr.Morsi.
dia pn cakap saya pon sangat2 berharap agar Morsi yang jadi presiden.
takkan nak pilih presiden yang akan merosakkan agama sendiri.
kat sini saya tengok kesedaran orang mesir tentang pentingnya pemimpin yang menegakkan islam.
prof sambung lagi ''ad-dinu mu'amalah''..
''islam tu cara hidup..bila kita memandu , kita belajar orang nampak beza kita dgn org bukan muslim..sembahyang,puasa,dan segala ibadah tu urusan individu dgn Allah''
terasa rapat dengan prof dia bukan mengajar sahaja,tetapi dia tunjuk peribadi islam dia kt kitorang..

so sekarang baru saya sedar saya sebenarnya lahir sebagai muslim tetapi saya bukan muslim lagi.

saya tidak pernah tanya diri saya kenapa saya solat?betul ke solat saya?sempurnakah solat saya?siapa Allah?kenapa Dia s.w.t mempunyai 99 nama?kenapa saya kena baca Quran untuk mendapat hidayah?kenapa saya kena tutup aurat?kenapa saya puasa?kenapa saya tak boleh couple?so on and so forth..

saya just ikut membuta tuli orang sekeliling saya buat..
tetapi sekarang Alhamdulillah Allah buka sedikit pintu hidayahnya.
saya cuba cari jawapan di sebalik persoalan diatas.
islam adalah agama yang penuh dengan pembuktian dan penuh dengan jawapan kepada persoalan kita.
terngiang-ngiang lagi talk Sir Idris Taufiq kat university saya - beliau merupakan seorang paderi yang baru sahaja memeluk islam 10 thn lepas ketika datang Egypt.
dia cakap ''ramai muslim yang dilahirkan muslim tetapi bukan muslim sebenarnya,mereka tidak pernah berusaha untuk kenal islam..mereka hidup dalam kelalaian,malas untuk mencari hidayah.
saya amat terasa sebab saya pun macam tu..
sekarang baru nak baca buku2 islamic,dengar talk islamic,cuba tingglkan benda haram eg couple thing,cuba baik pulih akhlak,cuba untuk jadi anak dan kakak yang muslim..banyak benda lagi sya kena baiki.
hidup 23 tahun atas dunia ni dalam kelalaian,tak pernah nak ambik tahu tentang islam,
tak pernah praktikkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan :(.
kalaulah saya mati dalam kelalaian saya?dimanakah tempat tinggal saya di Akhirat? :(
A115

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"


Ya Allah thabbatkanlah/tetapkanlah hati kami untuk sentiasa mencari redhaMu.

Saturday, June 9, 2012

dua tarikan

dalam diri manusia ni actually ada 2 tarikan..
tarikan malaikat(jazbul malaikat) dan tarikan syaitan(jazbul syaitan)
tarikan malaikat ni paham2 jelah kan..sentiasa mengajak kita buat benda baik dan tinggal benda Allah larang , so bila kita buat dosa..kita akan rasa tak sedap hati,rasa resah gelisah,ade je yang tak kena.
manakala tarikan syaitan pula ialah tarikan yang sentiasa mengajak kita ke arah keburukan..
so even kita dah tahu ianya adalah dosa tapi kita buat jugak sebab syaitan menampakkan indahnya perbuatan itu..

makanya dua tarikan ni seringkali berlawan..
sesiapa yang bermujahadah melawan tarikan syaitan..so dia berjayalah :)
tapi sesiapa yang lemah,tak nak lawan pun tarikan syaitan tu,so dia kalahlah dengan syaitan.

meh tengok surah As-Syams - Allah dah cakap awal2 dah pasal tarikan ni..

A007

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

A008

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

A009

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)

A010

Dan sesungguhnya hampalah/rugilah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).


ya Allah ya Rabb kami,sesungguhnya kami hambaMu yang lemah sangat ya Allah..kami seringkali tewas bermujadah,maka dengan itu kami memohon ya Allah..kuatkanlah iman kami .

amiin.sekian


Tuesday, June 5, 2012

untuk awak


“Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung ” – Surah Az-Zumaar, ayat 10

“Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar“ – Surah Al-Anfaal, ayat 46

“Apa yang di sisi kamu itu akan hilang dan apa yang di sisi Allah itu yang kekal. Dan akan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu pembalasan, menurut yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya“ -“ Surah An-Nahl, Ayat 96

ya Allah semoga kali ini keputusan yang aku ambil Engkau redha..
biarpun aku tahu ianya sangat pahit untukku dan dirinya mengambil keputusan ini..
namun begitu aku mohon pada Mu ya Allah..
kuatkanlah hati kami.sabarkanlah hati kami.jinakkanlah nafsu kami.ikhlaskanlah hati kami.
terimalah pengorbanan kami ini sebagai satu jalan untuk mendapat redhaMu.
kuatkanlah hatinya yaAllah,
sesungguhnya aku serahkan dia dibawah jagaan Mu ya Allah.

''mata tolong berhenti menangis k''

Monday, June 4, 2012

rindu

siyes..saya rindu Quran..(pompuan setiap bln dia cuti umum)
tadi terdengar imam kt msjid berdekatan membacakan surah Qaf..
Allah..sayu je bacaan dia..
hati lelaki yang tersentuh bila baca Quran..
air mata lelaki yang mengalir kerana Quran..
mulia sungguh hati imam masjid tu..
nak suami macam tu bole?hee

A016

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,


A017

Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.

A018

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

A019

Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"


sesungguhnya dengan membaca alQuran dan menghayati maksudnya dapat melembutkan hati lelaki(imam msjid tu) tadi..

sesungguhnya dengan mengingati mati dapat menghidupkan balik hati2 yang mati..

sesugguhnya dengan mengingati mati dapat menggerakkan anggota badan yang malas untuk beribadat kembali bertenaga untuk beribadat.

hidup kt dunia ni for few years je..hidup akhirat yang kekal abadi..

ingat tu!


Saturday, June 2, 2012

everything is ibadah!


kita seringkali lupa bahawa kita ada tujuan kenapa kita diciptakan.
Allah tidak menciptakan kita main-main je tanpa tujuan.
ada manusia yang bertuah bilamana Allah bagi kesedaran bahawa dia hidup di dunia ni bukan sekadar hidup sahaja..
bukan sekadar dilahirkan,kemudian masuk sekolah,then masuk U,then kerja,then kawen,ade anak then mati..(macam mati katak.. sedih kan?)
ada segolongan manusia yang tidak bernasib baik Allah tidak bagi kesedaran langsung padanya untuk sedar akan tujuan hidupnya di dunia ini..
sehingga dia lalai,dia malas untuk mendalami agama,malas untuk menjadikan islam sebagai cara hidup and so forth.
how unlucky that person.na'uzubillah!

actually tujuan kita diciptakan di dunia ini adalah semata-mata untuk beribadah pada Allah.
akan tetapi timbul persoalan pastu xkan nk solat je sepanjang masa,xkan nk baca quran sepanjang masa,xkan nak duduk atas sejadah sepanjang masa..macam mana nk teruskan hidup kalu tu je tujuan hidup..
come on be realistic..Allah takkan sesekali akan membebankan hambaNya.
Allah kenal hambaNya lebih dari hamba itu kenal diri mereka sendiri.
sebenarnya semua benda yang kita lakukan setiap saat dalam hidup kita merupakan ibadah bila HATI KITA berniat 'semoga apa yang aku lakukan ini Allah redha'
sebagai contohnya, bekerja..Alhamdulillah saya iAllah akan jadi doctor.
so first step bila keluar rumah untuk ke tempat kerja niatkan dalam hati 'semoga kerja yang aku lakukan hari ini Allah redha dan menjadi jalan supaya aku lebih dekat padaNya'

hadith 1 imam nawawi;

"Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiaporang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Pengajaran hadith - Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yangbesar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

So dengan hanya berniat kerana Allah semua benda yang kita lakukan setiap hari yang hanya menjadi rutin bertukar menjadi satu ibadah.
tetapi jangan la pulak nak buat kejahatan kita niat kerana Allah.sebaliknya kita tinggalkan kejahatan tersebut dengan niat kerana Allah.

Friday, June 1, 2012

sedang saya tengah sedeyh tension sbb 2 -3 hari ni tak study betul2..
plus macam2 problem duniawi menerjah fikiran..
masalah family , peribadi , masalah dalam diri..terasa jauh dgn Dia..macam2..
tetiba ukhti bulatan gembira saya post satu video.
''la tahzan inna Allah ma'ana''
i love you ukhti..really u are the one that really love me..
:(:(:(

Ever feel disconnected with Allah, feel down, feel depressed or think maybe Allah doesn't love you anymore... feel like your duas are not being answered?? --> this is really what i feel inside..