The Quran is an immense treasure meant to guide us through darkness like the stars guide travelers of the desert..

Friday, March 30, 2012

surat cinta Allah

"apabila kamu mahu bercakap dengan Allah.berdoalah!
apabila kamu mahu Allah bercakap dengan kamu bacalah Al-Quran!"

here are some tips murobbi usrah saya bagi untuk dapat feel semasa baca Quran:
- niat (ikhlas kerana Allah)e.g before buka Quran niat dalam hati semoga Allahmemberi hidayah kepada saya dengan membaca kalamnya atau contoh lain orang kata baca Quran dapat tenangkan hati so niat ya Allah semoga dengan membaca Quran hatiku menjadi tenang..siyes jadi!cubalah!

-bersihkan diri dari segi rohani dan jasmani : ambil wudhuk , istighfar before baca Quran.

-khusyuk : dengan menganggap isi Al-Quran tu tertuju kepada kita (tapi Al-Quran tu memang untuk kita pon),so bacalah seolah-olah Pencipta or Pemilik kita sedang mengingatkan kita dengan penuh kasih sayangNya..macam ibu nasihat anak :)

-ikut cara Sahabat Rasulullah s.a.w bergaul dengan Al-Quran : satu kisah sahabat yang menyentuh hati saya, kisah Tsabit bin Qa'id yang menangis apabila surah Al-Hujurat diturunkan. "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain...."(Al-Hujurat ayat 2)
Tsabit ni menangis mendengar ayat ni sebab dia memang seorang yang bersuara kasar.padahal ayat tersbut ditujukan untuk orang arab pedalaman yang biadab dengan Nabi s.a.w.

-bersedia untuk menjalankan perintah Allah dan beriman dengan isiAl-Quran- "semoga Allah bagi kekuatan untuk saya menjalankan perintah Allah dengan patuh"
( Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim ) Al- Kahfi ayat 50

- tahu sebab Al-Quran diturunkan : yang ni kena rajin buat kajian dan belajar sket

ok..itulah tip2nya serba sedikit..
tapi kalu dah pasang niat untuk cari redha Allah sudah memadai sebenarnya..
sebabnya Allah tahu dan kenal hambanya yang inginkan petunjuknya.
"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.54
Dan tidak ada sesuatupun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika petunjuk telah datang kepada mereka, dan dari memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang telah berlalu pada) umat-umat yang dahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata".55
(Al Kahfi 54-55)

tata blog..buku opthalmology sedang menunggu saya :)

No comments:

Post a Comment