The Quran is an immense treasure meant to guide us through darkness like the stars guide travelers of the desert..

Saturday, June 2, 2012

everything is ibadah!


kita seringkali lupa bahawa kita ada tujuan kenapa kita diciptakan.
Allah tidak menciptakan kita main-main je tanpa tujuan.
ada manusia yang bertuah bilamana Allah bagi kesedaran bahawa dia hidup di dunia ni bukan sekadar hidup sahaja..
bukan sekadar dilahirkan,kemudian masuk sekolah,then masuk U,then kerja,then kawen,ade anak then mati..(macam mati katak.. sedih kan?)
ada segolongan manusia yang tidak bernasib baik Allah tidak bagi kesedaran langsung padanya untuk sedar akan tujuan hidupnya di dunia ini..
sehingga dia lalai,dia malas untuk mendalami agama,malas untuk menjadikan islam sebagai cara hidup and so forth.
how unlucky that person.na'uzubillah!

actually tujuan kita diciptakan di dunia ini adalah semata-mata untuk beribadah pada Allah.
akan tetapi timbul persoalan pastu xkan nk solat je sepanjang masa,xkan nk baca quran sepanjang masa,xkan nak duduk atas sejadah sepanjang masa..macam mana nk teruskan hidup kalu tu je tujuan hidup..
come on be realistic..Allah takkan sesekali akan membebankan hambaNya.
Allah kenal hambaNya lebih dari hamba itu kenal diri mereka sendiri.
sebenarnya semua benda yang kita lakukan setiap saat dalam hidup kita merupakan ibadah bila HATI KITA berniat 'semoga apa yang aku lakukan ini Allah redha'
sebagai contohnya, bekerja..Alhamdulillah saya iAllah akan jadi doctor.
so first step bila keluar rumah untuk ke tempat kerja niatkan dalam hati 'semoga kerja yang aku lakukan hari ini Allah redha dan menjadi jalan supaya aku lebih dekat padaNya'

hadith 1 imam nawawi;

"Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiaporang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Pengajaran hadith - Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yangbesar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

So dengan hanya berniat kerana Allah semua benda yang kita lakukan setiap hari yang hanya menjadi rutin bertukar menjadi satu ibadah.
tetapi jangan la pulak nak buat kejahatan kita niat kerana Allah.sebaliknya kita tinggalkan kejahatan tersebut dengan niat kerana Allah.

No comments:

Post a Comment