The Quran is an immense treasure meant to guide us through darkness like the stars guide travelers of the desert..

Sunday, June 17, 2012

solat orang munafiq

kita dah sedia maklum orang2 munafiq ni tempat dia adalah neraka jahannam.
which is the bottom of the hell.
sebenarnya banyak ciri2 munafiq yang ada pada diri yang kekadang kita terlepas pandang selain daripada 4 ciri2 utama orang munafiq ;
-cakap bohong
-mungkir janji
-khianat dengan amanah yang diberikan
-bertengkar lebih2(asyik nak menang je)
ciri lain yang saya sendiri baru tahu hari ni selepas tgk rancangan tanyalah ustaz yang bertajuk sempurnakah solatku ialah berkaitan dengan SOLAT
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Amal seseorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari kimat adalah solatnya, jika(solatnya) baik maka dia telah berbahagia dan beruntung, dan jika(solatnya) telah rosak maka dia telah celaka dan merugi. Jika dia mengurangi kewajipan, Allah berfirman: “Periksalah, apakah hamba-Ku mempunyai amalan sunah(solat sunat) yang dapat menutupi kekurangan kewajipannya?” kemudian, begitulah semua amalnya dan dihisab.” [H.R. At-Tirmidzi –katanya hadis ini hasan]

ciri tersebut ialah SUKA MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT(dengan sengaja)
Allah..bila saya dengar ni..hurm..tak tahu nak cakap apa.

Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan"(maksudnya masuk je waktu terus solat) (Surah an-Nisa, ayat 103)

Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat (maksudnya sembahayang macam ayam patuk tanah), sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit(tidak khusyuk)." (Hadis riwayat Muslim).
so orang munafiq diorang solat tapi melengah-lengahkan,then sembahyang cepat2 takde toma'ninah,then tidak khusyuk - fikiran melayang tah kemana2.

Allah..Allah..Allah..:(

so semoga lepas ni saya dan sesiapa yang terjenguk blog ni cuba untuk mendirikan solat awal waktu.
say NO to neraka jahannam.Na'udzubillah

satu lagi ciri munafiq - tapi yang ni untuk lelaki je kot.
meninggalkan solat berjemaah di masjid kecuali uzur.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).
Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.”
(Surah al-Baqarah, ayat 43).

Ya Allah ya Rabb kami kurniakanlah kami kekuatan untuk mendalami ilmu supaya ibadah yang kami lakukan hari2 adalah ibadah yang betul engkau terima dan jauhkanlah kami dari memiliki sifat2 orang munafiq.amiin

No comments:

Post a Comment