The Quran is an immense treasure meant to guide us through darkness like the stars guide travelers of the desert..

Monday, June 4, 2012

rindu

siyes..saya rindu Quran..(pompuan setiap bln dia cuti umum)
tadi terdengar imam kt msjid berdekatan membacakan surah Qaf..
Allah..sayu je bacaan dia..
hati lelaki yang tersentuh bila baca Quran..
air mata lelaki yang mengalir kerana Quran..
mulia sungguh hati imam masjid tu..
nak suami macam tu bole?hee

A016

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,


A017

Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.

A018

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

A019

Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"


sesungguhnya dengan membaca alQuran dan menghayati maksudnya dapat melembutkan hati lelaki(imam msjid tu) tadi..

sesungguhnya dengan mengingati mati dapat menghidupkan balik hati2 yang mati..

sesugguhnya dengan mengingati mati dapat menggerakkan anggota badan yang malas untuk beribadat kembali bertenaga untuk beribadat.

hidup kt dunia ni for few years je..hidup akhirat yang kekal abadi..

ingat tu!


No comments:

Post a Comment