Tuesday, December 18, 2012
Sunday, December 9, 2012
smile :D
senyum..dalam apa jua keadaan..marah,sedih,depressed,discourage etc..hee
rasa bertuah berada dalam usrah.
duduk dalam bulatan sama2..tadabbuur al quran sesama,kongsi suka duka bersama,dengar cerita motivasi bersama..macam2 kami buat.
everytime rasa down.bila ada usrah.semangat revive balik.
bila lama tidak berbulatan..jiwa rasa kosong...
masa tu mulalah nak fikir macam2 sampai jadi miserable.huhu.
padahal setiap minggu kot berusrah.
mungkin masa balik malaysia baru ni saya dah lama tak join usrah.
dan macam2 dosa melekat dekat hati.
mungkin ambil masa untuk pulih balik..
sekarang saya rasa kelainan lepas balik usrah..
tak de nak fikir berat sangat..yang lepas tu biarlah kan?
mana boleh nak undo balik.
yaAllah saya mohon semoga saya dapat istiqomah untuk terus berada dalam usrah
Saturday, December 8, 2012
esok exam weyh!
She couldn't help but wish she didn't care so much about those who don't care so much.
sebenarnya untuk tawakal betul2 pada qada' dan qadar ALLAH,
jadilah manusia yang sabar dulu.
kalau xleh nak sabar,macam mana nak tawakal?
sabar untuk bermujadah,sabar untuk menunggu keputusan Allah.
Wednesday, December 5, 2012
Saturday, November 17, 2012
setiap kesusahan ada kemudahan
-->so jangan putus asa..
mengadu sahajlah pada Allah.tawakkal.tawakkal.tawakkal.
Thursday, November 15, 2012
Hasbunallah wa ni'mal wakil ni'mal maula wa ni'mannasir
mereka tengah bermati matian mempertahankan negara mereka.
angka yang terkorban makin hari makin bertambah.
Allah..
saya?nak berjihad lawan perasaan negatif yang betandang itu pun agak susah..
yaAllah ya rabb ku,
kuatkanlah semangat juang dalam diriku untuk melawan nafsuku,perasaan yang tidak enak yang selalu bertandang ke dalam mindaku sebagaimana engkau menguatkan semangat saudara2 di palestin.
allahummanshur ikhwanuna fi falestin.
hasbunallah wa ni'mal wakil..
Wednesday, November 14, 2012
tiada duka yang abadi didunia
hormon ini akan membuatkan kita berasa tenang,rasa bahagia, a feeling of well being..
(saya kena kuat untuk hadapi hari2 yang mendatang..saya tak boleh kalah lagi dengan emosi saya)
fikiran akan mempengaruhi emosi,
emosi akan mempengaruhi tindakan.
jadi fikirlah yang elok2 sahaja ye kamu?
so that tindakan kamu akan elok2 sahaja.
bukan tindakan yang kamu sendiri rasa malu bila fikir balik
Monday, November 12, 2012
maal hijrah sudah dekat.
dato'dr haji fadzilah kamsah:
"As salamu'alaikum shbt tersyg. Selamat menyambut thn hijri 1434. Moga Allah hijrahkan kita ke arah mardhatillah.
Tip utk hijrah diri:
1.Bentuk niat yg tulus & harap redha Allah,
2.Matlamat yg membakar smgt tapi munasabah,
3.Buang tanggapan yg negatif ttg diri,
4. Elak fikir negatif ttg segala perkara-- fikir itu doa!
5. Belajar drp org yg berjaya,
6.Jgn tergugat dgn komen negatif org lain,
7.Lakukan langkah demi langkah-- jgn tak sabar,
8.Elak tangguh2 utk lakukan perkara yg baik,
9.Amalkan dgn istiqamah selama 40 hari, sbb tabiat baru terbentuk dlm 40 hari,
10.Byk berdoa & tawakkal kpd Allah swt.
Moga Allah beri kita semua taufik & hidayahNya"
--terkesan--
hari ni bangun pagi2..lepas menangis bagai semalam dan hari2 sebelumnya macam tu jugak..Allah..
bangun2 termenung..sampai bila saya nak jadi macam ni?
sampai bila saya nak duduk dalam keadaan miserable macam ni?
sejak datang balik untuk smbung pengajian..saya melangkah kaki dengan niat untuk jadi lebih baik dari sebelum ni..
tetapi....hampeh..lagi tak terurus urusan hidup saya..
mak tanya okey ke study sekarang?okey2 je ke dengan 'orang' tu?
saya jawab semua ok..alhmadulillah..tapi as a matter of fact anak mu miserable kt sini mak!
duduk tanggung sorang2..malu nak meluah kat kawan2..
study mcm kurang dah sket,pengisian rohani dh mcm kurang sket..
balik kelas je..ligat je otak ni nak fikir benda yang tak patut difikir pon..
terlalu sangat fikir pasal 'orang tu' kn?
fikir kenapa dia senyap sangat..kenapa dia tak tanya khabar pasal saya?kenapa tak respon mesej?apa salah saya?
terlalu berharap sangat orang care pasal kita..smpai lupa untuk care diri sendiri..
sudahlah..cukuplah..enuf already k?
tak cerdiklah macam tu..fikirkan diri kamu dan keluarga kamu cukuplah..
Allah dah tentukan jodoh dengan siapa..tak jadi dengan 'dia' adalah tu Allah prepare orang lain untuk kamu.much better!perhaps.
sayang diri kamu dulu k sebelum sayang orang lebih2..
mungkin susah untuk mulakan..perasaan tuh dalam sangat kot..
pikir je terus air mata mengalir...dalam sangat kot luka tuh..
but xpe..jangan putus asa mencuba wahai diri!
take your time..orang boleh je ignore kamu kenapa kamu tak boleh?!!!
Muharram dah dekat..mulakan azam baru!
(menulisambilmelodilagucukupcukuplh sudahterngiang2dalammindahuhu)
Wednesday, November 7, 2012
lalai
"Orang yg bermaksiat lebih mudah bertaubat.
Bila dah sampai masanya dia akan menyedari dosa2nya.
Sedangkan orang yg lalai tidak akan sedar dan pernah mencela dosanya,
bahkan dia akan terus melakukan maksiat hingga ajalnya datang"
ALLAH
Friday, November 2, 2012
akhlak yang baik
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah SAW juga memohon,
" Ya Allah, bimbinglah aku ke arah tingkah laku terbaik, kerana tiada pembimbing ke arah itu selain Kau, Ya Allah.
Dan peliharalah aku daripada berkelakuan tidak baik, kerana tiada siapa yang dapat memelihara aku selain Kau, Ya Allah".
Friday, October 12, 2012
ujian
" Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, pertama kamu mesti sabar dengan apa yang kamu benci ♥
- (Imam Al-Ghazali) -
yaAllah bantulah daku untk bersabar dgn segala dugaanMU
dan bantulah aku untk redha dgn segala ketentuanMU..
Monday, August 6, 2012
apakah tujuan hidup kita?
Soalan ringkas, yang kalau ditanya, ramai yang blur untuk menjawabnya.
Kecuali yang benar-benar yakin akan wujudnya pertemuan dengan Allah SWT di akhirat sana.
Saturday, July 28, 2012
ya Allah jgnlah Engkau palingkan hati kami..
yang dapat mengukuhkan hubungan saya dgn Allah..
yang dapat mengukuhkan langkah kaki saya untuk menjalani jalan2 hidup yang Allah redha..
yang dapat membuatkan saya istiqamah untuk membaiki kelemahan diri dan membaiki amal ibadah yang serba kekurangan..
yang dapat membuatkan saya cintakan ilmu dan mengamalkan ilmu ygn dipelajari..
yang dapat mengingatkan saya sekiranya saya terleka atau lalai..
yang dapat mengingatkan saya untuk sentiasa bertaubat apabila melakukan dosa..
yang dapat menegur kesalahan saya dan tidak membiarkan saya membuka aurat didepan lelaki ajnabi walaupon abang ipar or adik ipar sendiri dan tidak membiarkan saya tergolong dari wanita neraka (naudzubillah)
yang dapat mengajak saya bersama-samanya untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya..
yang...yang..yang..
*exam lusa..tapi mood tetiba berubah bila tgk cerita perempuan neraka..
kisah hidup dimana lelaki menjadi dayus apabila terlalu memanjakan isteri sehingga isterinya tanpa rasa bersalah menderhakai suaminya (lelaki jugak menjadi dayus apabila membiarkan adik beradik perempuan tidak menjaga aurat dgn betul)
suami pulak macam pak pandir ikut je telunjuk isteri..lastly rumah tangga kacau bilau..anak jadi tah pape..perangai ikut mak..salah siapa?
salah suami la kot..tidak melengkapkan diri untuk jadi imam yang terbaik untuk isteri..
isteri pn salah gak kot..sebab tidak belajar untuk jadi isteri solehah..
Wednesday, July 25, 2012
ishbir!
Tuesday, July 24, 2012
feeling
Friday, July 20, 2012
puasa - latihlah diri untk bersabar wahai diri!
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya(sbg cubaan) di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya(sbg ujian); dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".
(saba' -39)
tiadalah kemiskinan itu melainkan adalah ujian semata-mata..
yaAllah ya Rabb kami..semoga ramadhan kali ini dapat melatih diri kami untuk menjadi hamba Mu yang sentiasa BERSABAR dalam keadaan senang atau susah..
semoga ramadhan kali ini dapat melahirkan diri kami yang 'baru' selepas berakhirnya ramadhan,
Monday, July 16, 2012
cinta
“ya Allah berikanlah cintaMu kepada ku, jadikanlah orang yang mencintaiMu mencintaiku,
dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanmu.”
- ya Allah kurniakanlah daku CINTA yang membawaku pada Mu -
Friday, July 13, 2012
menjauhi perkara dosa sudah dinamakan satu kebaikan
Monday, July 9, 2012
lalai
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta"
Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?"
saya terbayang..beginikah saya di hari perhitungan nnti?
adakah sy akan dibangkitkan dlm keadaan buta sebab banyak sgt perintah Allah saya abaikan..
laju air mata mengalir..Allah..ya Allah..ampunilah segala doasa2 kami.rahmatilah kami..:(
Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.
Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -
(surah al-anbiyaa' 1-2) - ya Allah janganlah engkau palingkan hati kami sesudah engkau memberi petunjuk hidayahMu kpd kami,jgnlah engkau biarkan kami lalai tentang hari perhitungan amalan kami walaupn sesaat :(
nasib orang lalai di akhirat kelak..
Dan dikatakan (kepada mereka): "Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu (menderita di dalam azab seksa) sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari kamu ini; dan tempat kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan. (Al jaathiyah 34)
pertolongan siapakah lagi yang kita harapkan di akhirat kelak selain dari Allah?
sodaqollahul'azim (benarlah apa yg difirmankan Allah yg maha agung) - perkataan siapakah yang lebih benar selain dari perkataan Allah?
yaAllah golongkanlah kami dari golongan orang2 yang sentiasa berhati2(dr melakukan dosa) dan sentiasa mengingati akan hari perhitungan kelak..
''.........., bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.
Iaitu mereka yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang, dan mereka pula gerun cemas akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat"
(al-anbiyaa 49)
p/s : jgn tingglkn Quran tanpa dibaca..siyes membacanya dapat melembutkn hati,melahirkan rasa takut yg menebal pd Allah.x pecaya?cubalah baca tiap2 hari secara tertib dgn mknanya sekali dan hadirkan hati.saya berani kerat jari tdk ada satu surah pon yang tdk dpt menyentuh hati anda.
Friday, July 6, 2012
istikharah
Maksudnya:
Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.
Maksudnya:
Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.
Thursday, July 5, 2012
Wednesday, July 4, 2012
50 tanda munafiq
Wednesday, June 27, 2012
Allah is the most merciful
Thursday, June 21, 2012
lemah
Sunday, June 17, 2012
solat orang munafiq
Friday, June 15, 2012
i'm proud to be a muslim
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Saturday, June 9, 2012
dua tarikan
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)
Dan sesungguhnya hampalah/rugilah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
ya Allah ya Rabb kami,sesungguhnya kami hambaMu yang lemah sangat ya Allah..kami seringkali tewas bermujadah,maka dengan itu kami memohon ya Allah..kuatkanlah iman kami .
amiin.sekian