The Quran is an immense treasure meant to guide us through darkness like the stars guide travelers of the desert..

Tuesday, May 1, 2012

saya tewas lagi ya Allah :(


nasihat habib ali jufri kepada 'syabab'(pemuda/i)yg berdosa;

Master of Ceremony bertanya:
remaja zaman sekarang ni, mereka bersolat tapi masih melakukan perkara pelik,
ada yg kissing sana sini,masuk "net" tengok macam2 , couple..macam2
iman mereka lemah,penuh dugaan,penuh celaan...

jwb habib ali:
ini adalah masalah yang kita sedia maklum.
pertama sekali aku khabarkan berita gembira kepada remaja semua..
iaitu mereka lemah dengan ujian kemudian ingin kembali kepada Allah,
kemudian kembali kepada perbuatan lama,
kemudian ingin kembali semula kepada Allah,
ini adalah berita gembira kepada mereka kerana ini menandakan iman masih kuat di hati mereka.
iaitu mereka sangat mencintai Allah,
selama mana mereka mencintai Allah,
ketahuilah bahwasanya Allah juga mencintai mereka.
"Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah"
demi Allah ya ikhwan jika Allah tidak mencintai kamu,
dia tidak akan campakkan ke dalam hatimu suatu kepedihan iaitu perasaan yang kita rasakan "aku ada lakukan kesalahan"
perasaan yang bila kita rasakan ianya adalah sebab kelalaian aku kepada Allah.
di sini tandanya cahaya(lilin) iman itu masih ada..
tetapi cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum ia di padamkan oleh angin yang ingin memadamkannya.
angin yang ingin memadamkan cahaya keimanan itu tadi adalah TEKAD UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT.
perkara yang lebih bahaya dari maksiat(melakukan dosa) ialah TERUS MENERUS MELAKUKAN DOSA ... [ya ALLAH :( ]
mengambil mudah sahaja perkara dosa "Allah itu kan maha pengampun"
kemudian kembali semula melakukan maksiat.
memandang ringan dan remeh terhadap maksiat pada diri sendiri.
Ini BAHAYA! ianya adalah SYARAT CAHAYA IMAN MULA HILANG [ya ALLAH :( ]

yg kedua : mengambil mudah dan terus menerus dalam maksiat bersama merasakan putus asa pada Allah.
"aku ni dah susah dah nak jadi baik,susah nak buat baik,dah cuba 15 kali,20 kali bertaubat tapi kembali juga lakukan maksiat"
Rasulullah S.A.W bersabda :
tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus melakukan dosa dari kalangan orang yang beristighfar sekalipun kembali melakukan maksiat selama 70 kali.
jika syaitan tidak pernah putus asa untuk masukkan kamu ke dalam neraka,
bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk syurga?!
so sekiranya kamu rasa kamu tewas dengan syaitan,
berwuduklah,solat 2 rakaat dan dalam sujud mengadulah pada Allah sepenuh jiwa raga
*rasalah seolah2 kamu bercakap dengan orang yang kamu sangat kamu cintai dan kamu perlukannya setiap masa*
letaklah dan campakanlah dirimu pada pintu taubat Allah.
ketahuilah jika kamu buat semua ini dengan penuh penyesalan,kejujuran serta berazam tidak akan kembali semula kepada maksiat,
selesai je solat,Allah telah mengampukan dosa2 kamu.
kemudian ambillah langakah2 untuk menjauhkan diri dari maksiat yang sering kamu lakukan
"tanya diri dari apakah yang membawa kamu ke arah dosa?!"
jika ada org yg membawa kamu ke arah dosa jauhilah!bkn sbb sombong ttp untk menjga diri kamu.
jika ada kewajipan yg ditinggalkan laksanakanlah!
jika ada kesalahan dari sisi islam cubalah betulkan!
firman Allah:
"dan mereka yang berusaha keras mencari jalan2 kami,pastilah kami akan menunjukkan mereka jln 2 kami"
so bila terjatuh bangkitlah kembali..kembalilah pada ALLAH.jatuh lagi tewas lagi..taubat lagi!
ketahuilah itu adalah jihad fi sabilillah dan bersama itu juga dosa2 kamu berubah menjadi pahala
TAPI DENGAN SYARAT KAMU JANGAN JADIKAN MASALAH TAUBAT INI PERKARA MAIN2!
"buatlah maksiat itu dulu kemudian bertaubatlah" - yang ini main2/macam memperolokkan Allah :( :(:(
TETAPI JIKA KAMU CUBA UNTUK PERTAHANAKAN DIRI KAMU TAPI PADA SATU MASA KAMU KALAH DAN JATUH KEPADA MAKSIAT ,KEMBALILAH PADA ALLAH!
Allah gembira terhadap kembalinya kamu padaNYA.

sabda Rasulullah S.A.W
apabila berdosa seseorg hamba itu kemudian dia bertaubat dan memohon ampun
Allah berfirman kpd malaikatNya;
wahai malaikat,lihatlah kpd hambaku ini dia berdosa kemudian dia bertaubat dan istighfar saksikanlah sesungguhnya ak telah mengampunkannya..
sekali lagi hamba itu jatuh dan bertaubat dan istighfar.
Allah berfirman (dengan firmana yg sama seperti di atas)
*berulang2x*
...hamba ini tahu bahawasnya dia ada Tuhan yg mengampuni dosa lantas hamba ini bertaubat dan kembali kpd Allah ,
wahai malaikatku,saksikanlah bahawanya Aku telah mengampuni dosanya yang terdahulu dan yg terkemudian..
inilah kemuliaan Allah yg selayaknya kita merasa malu di hadapanNYA kerana DIA bergaul dgn kita dgn kemuliaan dengan penuh rahmat :(

Allah..Allah..Allah..

yaArhama Rahimin,
rabbanaghfir lana warhamna wa anta khairu rahimin..


1 comment: