Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Rasulullah S.A.W sentiasa berdoa kepada Allah ''Ya Allah berilah aku petunjuk''
(siapalah kita untuk sombong menadah tangan memohon pada Allah untuk memberikan kita hidayah..sedangkan Rasulullah S.A.W yg dijamin syurga sentiasa memohon pd Allah)
mengapakah Rasulullah S.A.W sentiasa memohon petunjuk sedangkan Baginda S.A.W sendiri adalah sumber petunjuk paling agung?Baginda S.A.W lah dijadikan perantara sehingga org lain mendapat petunjuk.mengapa Baginda berbuat demikian?
Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata rasulullah S.A.W masih meminta hidayah kerana;
- hidayah itu bertingkat dan bertahap.
- setiap hari hidayah yang didapat seorang hamba itu bertambah.Rasulullah S.A.W meminta kpd Allah agar menambah hidayahNya sbb hidaya itu byk jenisnya.
-jalan untuk memperoleh hidayah itu banyak sekali,sebanyak bilangan nafas.
Aisyah meriwayatkan bahawa Baginda S.A.W melaksanakan solat malam dan bordoa,
" اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ اللَّهُمَّ اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ "
''Ya ALLAH Rabb malaikat jibril ,mikail,dan israfil. pencipta langit dan bumi ,Yang mengetahui alam ghaib dan alam nyata .Engkaulah yang mengadili di antara hamba2Mu terhadap semua mereka perselisihkan.Berilah aku petunjuk dengan izinMu terhadap kebenaran yang diperselisihkan.sesungguhnya Engkau pemberi petunjuk kpd jalan yg lurus''
(kalau solat tahajud masa qiamullail boleh amalkan doa ini)
Sebenarnya ada beberapa faktor untuk mendapat hidayah..
(by the way,hidayah perlu dicari,bukan di nanti)
1- AlQuran -Allah berfirman ;
''Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam)''(Al-Israa 9)
makanya sesiapa yang inginkan hidayah Allah hendaklah dia membaca Quran dan men'tadabbur' ayat2nya(menghadirkan hati ketika membaca AlQuran)
Al-Quran adalah kalam Allah,so apabila baca Al-Quran kita seolah sedang bercakap dengan Allah..
Al-Quran memberikan petunjuk ke jalan yang lurus dalam aqidah,petunjuk yang lurus dalam adab,petunjuk yang lurus dalam hukum, petunjuk yang lurus dalam akhlak dan perilaku.
2- Rasulullah S.A.W -perjalanan hidup Baginda S.A.W adalah petunjuk yang paling besar bagi kita.Bagaimana cara untuk mendapatkan petunjuk dari Baginda S.A.W ?
Ada 3 cara;
I. meyakini kejujuran,sifat amanah dan nasihat Baginda S.A.W
II. mencermati sunnah Baginda S.A.W- kita mungkin tahu serba sedikit biodata Rasulullah S.A.W,tetapi cukup ke untuk tahu 'surface2' je?.sepatutnya pengetahuan tentang Baginda S.A.W perlu merangkumi kehidupan sehariannya,perjalanan hidupnya,cara makan,minum,tidur,bermualat,beribadah,puasa,haji..and so forth.
(yang ni kena banyak baca sirah Nabi S.A.W dan sunnahnya)
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah (S.A.W) itu contoh ikutan yang baik iaitu orang yang sentiasa mengharap redha Allah serta dia menyebut dan mengingati Allah byk2(susah atau senang)"Al-Ahzab 21
III.berpaling dari segala yang bertentangn dgn sunnah Baginda S.A.W - org yang tidak melaksanakan sunnah ada kemungkinan dia kurang mendapat hidayah atau tidak mendapat hidayah.
3. Mujahadah - maksud mujahadah ialah - kalau ikut maksud yang skema, mujahadah ini bermaksud berjuang bersungguh-sungguh..tetapi maksud terbesar erti mujahadah ialah berjuang bersungguh-sungguh dalam memerangi hawa nafsu.
Allah tahu isi hati kita yang menginginkan hidayah.jika ada keinginan Allah pasti akan membukakan segala yang tidak terdetik dihati kita.
so kewajipan kita adalah berusaha..mencari dan terus mencari.
(sedangkan sel2 dalam badan kita tidak pernah lelah bekerja untuk kita,layakkah kita untuk memberi alasan 'penat' untuk tidak berusaha mencari hidayah?)
4.Berdoa - doa adalah senjata orang mukmin. Salman R.A meriwayatkan bhw Rasulullah S.A.W bersabda ; "Sesungguhnya Allah malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa,ketika seorang hambaNya berdoa kepada TuhanNya"
(Allah..Allah ..Allah terlalu baik dengan kita tapi kita?)
kuatkan diri, kuatkan hati, tambahkan ilmu di hati, moga Allah swt redhai, redha itu perlu dicari bukan dinanti, supaya kelak di hari akhirat nanti tak menggigit jari !
(saya ambik rujukan dari buku "Pesanan untuk orang Berdosa" yang di tulis oleh Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni)
wallhua'alam..
sekian
No comments:
Post a Comment