The Quran is an immense treasure meant to guide us through darkness like the stars guide travelers of the desert..

Friday, May 11, 2012

how to read al-Quran by heart?

do u notice what's the doctor doing?
yeah!she's reading Quran whenever there's free time.OSEM!


Dulu masih segar dalam ingatan saya.
Macam mana saya tersentuh bila melihat roomate saya baca Quran beserta tafsir.
Saya kagum kot,"dalam hati saya berbisik tak ke membazir masa baca dalam bahasa arab then baca bahasa melayu pulak"
Tetapi bermula dari saat itu saya cuba untuk membaca maksud di sebalik ayat Quran yang before this saya just baca macam tu tanpa curiosity nak tahu maksud..
Yelah kan 'buat benda baik kan dapat pahala'(tp kalu tahu beganda2 lagi pahala taw!)

Okay itu cerita dulu..
Hari ini saya nak share some tips that i've learn from kak naqibah kpd kak naqibah saya
tentang bagaimana caranya untuk baca Quran then at the same time kita hayati isi Al Quran tu betol2 sampai boleh mengalirkan air mata dan menggerakkan anggota badan untuk melakukan apa yang Quran suruh.

Firstly, benda yang penting sekali yang kita kena sedar kepada siapakah AlQuran di turunkan?adakah kepada nabi Muhammad s.a.w sahaja?kalau kpd nabi Muhammad s.a.w sahaja then kenapa nabi s.a.w bersusah payah mengerah tenaga dan berkorban segala galanya demi untuk memastikan apa yang di sampaikan Allah (Quran ) sampai kepada kita hari ini?
''kita lahir2 Quran dah ada depan mata"..tinggal nak baca ke tak je kan..
Sebenarnya dalam sedar tak sedar bila kita baca Quran secara automatik kita sedang bercakap dengan Allah.
percaya ke tak?okey let's see for instance surah al fatihah which we recite everytime we pray.

Rasulullah saw bersabda, " Allah telah berfirman (dalam sebuah hadis qudsi):
Aku bagi surah Al- Fatihah antara Aku dan hamba-Ku. Dan akan Kukabulkan apa-apa yang dipohon oleh hamba-Ku.
1) Apabila hamba-Ku berkata,"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,"maka Allah swt menjawab,"Hamba-Ku telah memulai dengan menyebut nama-Ku. Dan kerananya Aku berhak untuk menyempurnakan segala perkaranya serta memberkati seluruh keadaannya"
2) Apabila hamba-Ku berkata,"Segala puji bagi Allah, Tuhan Alam Semesta,"Maka Allah swt berkata,"Hamba-Ku telah memuja-Ku, dia tahu bahawa nikmat yang ada di sisinya adalah dari-Ku dan bencana yang dijauhkan darinya adalah lantaran kasih sayang-Ku. Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku tambahkan nikmat-nikmat akhirat di samping nikmat-nikmat dunia dan akan Kujauhkan darinya bencana-bencana akhirat sebagaimana Kujauhkan darinya bencana-bencana di dunia. "3) Apabila hamba-Ku berkata," (Allah) Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,"Maka Allah swt berkata,"Hamba-Ku telah menyaksikan -Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan penuhi nasib hidupnya dengan rahmat-Ku dan akan Kukurniai hayatnya dengan pemberian-pemberian-Ku.4) Apabila hamba-Ku berkata,"Yang Menguasai hari Pembalasan,"Maka Allah swt berkata,"Kupersaksikan kepada kalian sebagaimana yang diakuinya bahawa Akulah yang bekuasa pada hari pembalasan itu, dan akan Kupermudah hisabnya pada hari hisab kelak serta akan Kumaafkan segala kesalahannya.5) Apabila hamba-Ku berkata,"Hanya Engkaulah yang aku sembah’"Maka Allah swt berkata,"Hamba-Ku benar ketika dia menyembah-Ku. Kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan berikan kepadanya ganjaran kerana ibadahnya sehingga orang-orang yang tidak sama sepertinya akan merasa iri hati kepadanya"Apabila hamba-Ku berkata,"dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,"Maka Allah swt berkata’"Hamba-Ku telah meminta pertolongan dari-Ku dan kembali kepada-Ku, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan menolongnya dalam setiap urusannya. Aku akan membantunya dalam kesulitan-kesulitannya dan akan Kuhulurkan tangan-Ku kepadanya pada saat dukanya."6) Apabila hamba-Ku berkata,"Tunjukkan kepada kami akan jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukannya (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."Maka Allah swt berkata,"Bahagian ini untuk hamba-Ku. Mereka berhak mendapatkan apa yang mereka mohonkan. Aku telah kabulkan permohonan hamba-Ku, Aku telah berikan kepadanya apa yang diharapkan. Aku telah menyelamatkannya dari apa yang dia mohonkan dengan perlindungan-Ku."

Subhanallah~

Secondly, reading Quran by heart.
Macam mana ek baca Quran dengan hati?
Akak tu cakap kalau la kita perasan isi AlQuran tu actually bukanlah ilmu.
Sebenarnya Al-Quran diturunkan adalah untuk memberi kesan kepada hati bukan untuk kefahaman akal sahaja.
Kalaulah Al Quran tu untuk kefahaman akal sahaja mungkin kita akan baca just untuk ingat dan bukan untuk diaplikasikan dalam hidup.
Macam mana nak bagi hati terasa?
Okay cakap kt hati awal2 ''aku baca ni kalam Allah,iaitu Rabbku yang memberiku rezeki,yang memberiku makan minum,duit,berjaya dalam pelajaran,dapat belajar egypt,yang menyempurnakan penciptaan anggota bdanku tanpa cacat cela,yang memberiku nikmat kesihatan,nikmat Islam dan Iman..fuhhh! banyak la nak tulis kat sini..
but still kita berkira kan nak baca Quran serta tafsir 2-3 ayat je pon lepas sembahyang..kjap je pon
So kesimpulannya..bila start baca Quran hadirkan hati sekali untuk memahami dan menghayati maksud di sebalik ayat alQuran..
So that bila hati tersentuh..iAllah kita akan cuba untuk beramal dengan isi Quran
Anyway,nak ke kita jadi mcm ni?
"Dan tidaklah ada yang lebih ZALIM daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya(Quran),lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.18:57
Na'udzubillahi min zalik :(
p/s: so niat dalam hati Ya Allah berikanlah daku petunjuk dan hidayahMu melalui AlQuran

3rd tips by learning Al-Quran - belajar bahasa arab dan latarbelakang surah kenapa di turunkan.
Actually agak penting belajar bahasa arab sebab bahasa arab ni sangat2 unique.
Antonasi surah dalam Quran tu boleh mengubah makna..kekadang susah untuk di explain dengan bahasa lain.
Sebab tu kalau orang arab baca Quran sampai menangis sebab mereka tahu part mana warning Allah,part mana Allah cakap lembut and so forth
Tips ni mcm agak susah..even saya pon still tercari2 kelas tafsir Quran..
Tapi kan..sekarang kan dunia dh moden,..saya baca tafsir Ibnu kathir secara online je..
dalam tafsir ni dia ada cakap sebab surah diturunkan..
or kalu nak tahu pengajaran surah boleh tengok link ni..

wallahua'alam..
nota ni mungkin tak sama dengan penyampaian akak tu..tp sy tulis ape yang saya paham.
hopefully bermanfaat kepada sesiapa yang passing by this blog :)


No comments:

Post a Comment